[Vide0] Aksi Jue selamatkan Jayrald di tebing tingkap buat peminat seriau

 

Aksi pelakon Jue Aziz memanjat luar tebing tingkap rumah yang dipercayai mempunyai ketinggian lebih 10 tingkat demi menyelamatkan kucing peliharaannya mencetus kebimbangan peminat.

Dalam sebuah rakaman klip video dimuat naik di akaun Instagram miliknya hari ini, aktres itu – yang menyifatkan kucing yang dinamakan Jayrald seperti anaknya – dilihat cuba menyelamatkan kucing baka Ragdoll tersebut selepas ia hilang dari pandangan sejak semalam.

“Puas cari terjerit-jerit, naik turun bawah, takut dia jatuh, nangis-nangis macam m4ti anak. Menggagau ke sana ke sini.

“Sampailah lewat malam penat cari Jue pun tertidur kepenatan tapi masih terjaga risau tak sedap hati. Kecewa masih tak ada, bagilah makan kat kucing lain dulu sambil periksa luar tingkap sekali.

“Allahuakhbar terkejut Jue, tengok dia dah meow-meow nak lompat kat sebelah kanan tembok, panik tak tau nak pergi mana. Luruh jantung ni kejap,” katanya.

Pada awal katanya, dia tidak menyangka Jayrald akan ditemui di luar tebing tingkap rumah kerana mempercayai bukan sifat kucing berkenaan untuk memanjat sedemikian.

“Peliknya, semasa periksa luar tingkap, memang dia langsung tak meow. Tak mungkin keluar tingkap sebab dia (Jayrald) ni cool kucing ala-ala Godfather. Duduk diam je,” katanya.

Jue Aziz

Dalam video berkenaan, Jue – yang memakai pakaian mempunyai penutup kepala berwarna merah – memanggil nama Jayrald berkali-kali sebagai usaha untuk memujuk kucing tersebut agar menghampirinya.

Namun, usaha terbabit gagal dan menyebabkan Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz mengambil keputusan untuk menyelamatkan kucing berkenaan dengan memanjat ke luar tebing tingkap rumahnya.

Dalam video sama, turut kelihatan ketinggian tingkat rumah Jue yang dipercayai melebihi 10 tingkat.

Selepas menyelamatkan Jayrald, Jue yang masih berdiri di luar tebing tingkap tersebut sempat merakam dirinya sambil bercakap menghadap kamera telefon genggam yang sedang merakam.

VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalammualaikum… Jue nk share utk kita jdkan iktibar wlaupun disaat genting sibuk dgn phone nk record dgn keadaan bahaya sbb nk tunjukkan pd korg betapa pentingnya haiwan kesayanngan ni utk kita hargai nyawa mereka sbb dialah memberi rezeki pelbagai bentuk pd kita walau keadaan kita skrg ni ada yg xmampu disbbkn #covic19 tp yakinlah pd Allah rezeki tu akn hadir lmbat or cepat bykkan sabar ye wahai #pencintahaiwan🤗 Bermulah citer jue disini.. Dr smlm cari Jayrald ni xda time bersihkan tempat diorg.Menggagau kesana kesini..kesana kesini..kesana kesini 🎶 ehhh ter shuffles plk😅 Puas cari trjerit2 naik turun bwh takut dia jatuh nangis2 mcm mati ank..peliknya time check kt tingkap mmg dia langsung x miowww.Xmungkin dia klua tingkap sbb jenis dia ni cool ala2 God Father duk diam je.Smplah lewat mlm penat cari jue pun trtido kepenatan but still trjaga2 risau rs xsedap hati bangun 8.30pagi td terus pg tgk kt tempat diorg mna tau tiba2 dia dh blk nyorok ke apa ke..dhlah xmkn,xminum ntah apa jd kt dia?Kecewa still xda..bg lah mkn kt kucing yg lain dulu sambil2 tu ketuk2 tempat mkn tu n check kt luar tingkap lg skali..Allahuakhbar terkejut jue..tgk dia dh miow2 nk lompat kt sbelah kanan tembok,dia panic xtau nk pg mna..Luruh jantung ni jap😭 Jayrald suka melepak tempat luas pemandangan maklumlah #pkp ni dia jd stress lah tu kna kurung..ingatkan manusia je stress lg2 jue duk sorg2 ni mcm2 halusinasi kt kepala brp hari ni asyik xsihat..mkn xtentu xmood😢 Apa pun jue nk kita sama2 brdoa hari Jumaat yg Mulia ni teruskan patuhi pkp #stayhealthy sentiasa mengadu pd ALLAH.Kita xtau esok lusa kita hidup or mati..hanya Allah Maha Mengetahui Mlm Nisfu Sya’ban telah pun berlalu..semoga Allah mengampuni dosa2 kita.Jue Memohon Maaf jika jue & rakan2 artis yg mengguris hati netizen..harap isu ni xbrpanjangan🙏🏻 Xlama lg kita nk smbut Bulan Ramadhan.Byk lg kita perlu fkirkan mcm mna nk brsama keluarga disaat #covic19 masih ada..yg dh ada brsama family tu brsyukurlah lainlah jue sorg2 kt sni nk katakan hari2 nangis bila kenangkan keadaan skrg ni mcm2 fkir bila kita sorg2😢 Ank jue skrg ni brsama mak n family kak ngah..thx tlg jaga n ajar!Nyawa lbih penting now.. Salam Jumaat🌹

A post shared by Jue Aziz (@jueaziz22_official) on

“Allahuakbar, demi kucing sanggup ni, gila tak gila nak selamatkan. Bayangkan,” katanya sambil memanjat masuk semula ke dalam rumah.

Bagaimanapun, aksi Jue itu mengundang perhatian segelintir warga maya antaranya pemilik akaun @zulhilmi_hamidi yang berpendapat ia adalah suatu perbuatan berb4haya.

“Tolong jangan buat lagi, ngilu kaki tengok tinggi macam tu…bahaya,” katanya.

“Nak rakam, nak selamatkan kucing nak buat kerja dalam satu masa bahaya kak. Semoga dimurahkan rezeki di dunia dan akhirat,” kata pengguna akaun @syahid_dino769.

Pengguna akaun @suhailah.ramli pula berkata: “Kenapa aku pulak rasa seriau? Waduh kucing, jangan buat omak ko camni, tinggi tu nak,” katanya.

Pengguna akaun @amfauzie menasihatkan agar Jue tidak mengulangi aksi berb4haya itu.

“Jangan amalkan pijak simen bim tu sis,” katanya.

Tidak kurang juga ada yang menyarankan agar Jue memasang jaring supaya memastikan keselamatan kucing-kucing peliharaannya terpelihara.

“Pasang jaring halus wahai @jueaziz22_official lepas PKP nanti. Ada yang gaya moden tak pun gril rapat jaraknya, kasihan kucing boleh terlepas kalau tengok tingkap terbuka. Semoga Allah lindungi selalu,” kata pengguna akaun @efaifa.

Sumber: Ig / Malaysiakini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "[Vide0] Aksi Jue selamatkan Jayrald di tebing tingkap buat peminat seriau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*