Pemuda Ini Beri Hadiah Untuk Semua Kanak-Kanak Yang Disakat P0lis – Ada Bermacam Sumbangan Lagi

Baru-baru tular di media sosial apabila seorang penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura meninggalkan komen yang mengundang kemarahan orang ramai pada satu video posting yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak orang asli diusik p0lis kerana berlegar-legar di luar rumah.

Apa yang Ning tulis adalah “Miskin budak-budak ni, selipar pun takda,” ditambah dengan emoji ketawa. Ini kerana kesemua kanak-kanak yang ada dalam video tersebut tidak seorang pun memakai kasut. 

Tak apalah, husnuzon sajalah, mungkin Ning niat nak bergurau atau terlepas cakap.

 

Nak belikan budak-budak ni kasut!

 

Tapi apa yang menarik perhatian kami lagi apabila di twitter, seorang pemuda tampil menyuarakan isi hatinya untuk membelikan kesemua kanak-kanak orang asli yang ada dalam video tersebut sepasang kasut.

 

20 pasang selipar!

 

Selepas beberapa jam, pemuda tersebut berjaya dapat hubungi cikgu kanak-kanak orang asli tersebut dan dia terus menghubungi untuk berikan hadiah iaitu 20 pasang selipar. Nampaknya semua kanak-kanak dalam video tu, dapat pakai kasutlah nanti.

 

Ada orang belikan barangan sukan

 

Bukan tu je tau, pemuda tersebut memberitahu orang ramai menerusi laman twitter miliknya bahawa ada juga individu yang baik hati berikan sumbangan barangan sukan untuk anak-anak orang asli tersebut.

 

Wah! Baguslah rakyat Malaysia ni, saling membantu. Pantang nampak orang susah, pasti ada yang bermurah hati menghulurkan bantuan.

Sikap empati dalam diri rakyat Malaysia, boleh dipuji. Semoga kebaikan begini berterusan sampai bila-bila, #kitajagakita.

kredit: sambaltumis.com / lm.vvip.blog

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Pemuda Ini Beri Hadiah Untuk Semua Kanak-Kanak Yang Disakat P0lis – Ada Bermacam Sumbangan Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*