Ayah Pengarah, Ibu Eksekutif Kanan. Ini 5 Fakta Menarik Lara Khadijah

 

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana nama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah boleh jadi trending nombor 1 di twitter hari ini. Ini gara-gara sepucuk surat dari seorang kanak-kanak perempuan bernama Lara Khadijah McAfee untuk Dr Hisham.

Pelajar berusia 9 tahun ini mengirimkan surat beserta gelang getah atau loom band berwarna kepada Dr Hisham sebagai tanda terima kasih ke atas komitmen Dr Hisham mengetuai pasukan perub4tan negara dalam memastikan rantaian penvlaran koronavirvs (Cov1id-19) diputuskan segera.

Tanpa mengambil masa yang lama, Dr Hisham membalas dengan sepucuk surat rasmi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kepada Lara, terima kasih atas surat dan gelang yang cantik itu. Cucu saya memakai dan sukakannya,” tulisnya.

Kata-kata ‘sweet’ Dr Hisham ini telah dikongsikan oleh pengguna twitter dan namanya terus trending.

Jadi siapakah Lara Khadijah yang berjaya menyentuh hati rakyat Malaysia ini? Jom semak 5 fakta ini seperti yang dilaporkan oleh BH Online.

5 Ayah Pengarah, Ibu Eksekutif Kanan

Katanya menerusi BERNAMA, “Saya hasilkan gelang tangan ‘Loom Band’ itu dalam masa 19 minit dengan mengambil ukuran tangan ayah.… saya pilih tiga warna iaitu biru gelap dan biru cerah sebagai lambang kebersihan manakala warna putih sebagai lambang kesucian dan keikhlasan hati mereka dalam menjaga kesihatan rakyat Malaysia pada musim w4bak COVI1D-19 ini.

“Saya berharap pemberian kecil gelang tangan berserta kata-kata terima kasih itu akan melonjakkan lagi semangatnya agar terus kuat, dan supaya rakyat Malaysia terus memberi sokongan kepada barisan hadapan negara dengan hanya kekal berada di rumah.”

Anak bongsu kepada Pengarah Pusat Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Anuar McAfee, 55, dan Eksekutif Kanan, Komunikasi Strategik Kumpulan Terengganu Incorporated, Mutiara Jusuf McAfee, 46, itu sangat menggemari aktiviti seni yang berasaskan kemahiran dan banyak mempelajarinya daripada YouTube.

Lara Khadijah bersama ibu bapanya, Anuar dan Mutiara, menunjukkan kertas tertera #stayathome dan ‘Thank you Frontliners’ ketika ditemui di Seberang Takir, hari ini. – FOTO BERNAMA

4 Berd4rah K4cukan

Siapa sangka Lara Khadijah memiliki d4rah k4cukan. Bapa Lara, Anuar McAfee berasal dari Kanada merupakan Pengarah Pusat Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Bapanya juga merupakan penulis buku berjudul “Birds of Terengganu”

Manakala ibunya Eksekutif Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Terengganu Incorporated, Mutiara Jusuf McAfee, 46.

3 Gemar Aktiviti Seni

Kata ibunya, Lara amat menggemari aktiviti seni yang berasaskan kemahiran dan banyak mempelajarinya melalui YouTube.

2 Surat Untuk Dr HishamTular Kerana Abangnya

Nama Lara menjadi sebutan dan tular selepas surat yang ditujukan oleh Dr Hisham dimasukkan ke laman sosial oleh abang Lara iaitu Iman Cullen Cornelius.

1 Suka Main Tik Tok

Menurut Iman, Lara sememangnya gemar membuat gelang tangan dari getah ‘loom band’ sejak dua atau tiga bulan lalu. Selain itu Lara juga mempunya hobi suka membuat video Tik Tok.

Sementara itu, Iman Cullen Cornelius ketika dihubungi Bernama, menggambarkan Lara Khadijah sebagai adik yang baik, petah dan amat kreatif dalam setiap perkara.

“Dia mempunyai hobi membuat gelang tangan ‘loom band’ sejak dua atau tiga bulan lalu. Dia juga suka membuat video Tik Tok,” katanya.

Iman Cullen Cornelius menerusi Twitter pula berkata, Dr Noor Hisham juga sukakan ciapannya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Dr Noor Hisham dan pasukannya atas dedikasi serta kerja keras mereka dalam usaha menangani penularan virvs berbah4ya itu.

Peng0rbanan dan usaha ditonjolkan Ketua Pengarah Kesihatan itu dan pasukannya dalam membantu negara mem3rangi penvlaran wab4k COV1ID-19 tidak perlu lagi dipertikaikan.

Hampir saban hari, ada sahaja mesej penghargaan disampaikan kepada beliau khususnya dalam kalangan rakyat Malaysia.

Namun, sesuatu yang mencuri tumpuan baru-baru ini adalah apabila beliau menerima sepucuk surat dan gelang persahabatan ‘loom band’ kiriman seorang kanak-kanak berusia 9 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : MB

Be the first to comment on "Ayah Pengarah, Ibu Eksekutif Kanan. Ini 5 Fakta Menarik Lara Khadijah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*