Baru 2 Hari, ‘Peluang Kedua’ Nabila Razali Raih 500 Ribu Tontonan!

Penyanyi kecil molek yang kini mengembangkan bakatnya sebagai pelakon, Nabila Razali hadir dengan single terbaru berjudul Peluang Kedua. Baru dua hari ditayangkan di YouTube, muzik video Peluang Kedua dari Nabila Razali ini raih hampir 500 ribu tontonan!

Sesuatu pencapaian yang cukup luarbiasa! Mendengarkan lagu berentak balada ini, ia cukup membuai rasa. Liriknya pula memang sesuai buat yang baru putus cinta. Memang sendu habis!

Lagu Peluang Kedua ini adalah hasil ciptaan Hael Husaini serta diterbitkan oleh MFMF dan Hael Husaini.

Sementara itu Nabila Razali sempat mempromosikan lagu terbaru darinya ini menerusi laman Instagram miliknya. Berkongsikan sedikit dari sedutan nyanyiannya, berikut adalah video pendek yang dikongsikan oleh penyanyi ini:

Video tersebut meraih lebih 170 ribu tontonan dan 56 ribu likes. Rata-rata netizen memuji lagu terbarunya ini dan men1ngg4lkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Lagu ni yang buat aku tak berhenti menangis”

“Best sangat lagu baru Nabila”

“Selepas release nie setiap masa dok dengaq pasang kat Youtube TV. Sumpah best dengar. Love Nabila Razali”

Lagu ini cukup menyentuh hati. Jika ada yang baru putus cinta mungkin boleh rasakan ‘kepedihan’ yang disampaikan oleh Nabila Razali menerusi lagu ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Instagram Nabila Razali / Youtube Nabila Razali Entertainment via HCL

Be the first to comment on "Baru 2 Hari, ‘Peluang Kedua’ Nabila Razali Raih 500 Ribu Tontonan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*