Dua tahun sudah bersama Fattah Amin, Nur Fazura kongsi berita gembira, kini sedang hamil 4 bulan!

 

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Nur Fazura Sharifuddin berkongsi berita gembira dirinya hamil empat bulan. Fazura, 36, memberitahu, dia tidak mengalami alahan seperti yang sering dihadapi ibu mengandung.

“Sejak disahkan berbadan dua, belum pernah lagi saya mengalami 4lahan teruk atau muntah-muntah pada waktu pagi seperti kelazimannya. Cuma ada rasa penat sedikit.

“Saya bersyukur kerana Tuhan mempermudahkan urusan saya. Mujur juga tiada alahan, kalau tidak, mesti ramai yang boleh hidu berita kehamilan saya ini.

“Walaupun tanpa alahan tapi rasa mengidam itu tetap ada dan boleh dikatakan sepanjang masa. Sebelum ini, saya tak suka masakan pedas tapi sejak mengandung, saya jadi suka pula,” katanya eksklusif kepada BH Online.

Ditanya perasaan sebaik mendapat tahu dia bakal bergelar ibu, isteri kepada pelakon Fattah Amin ini berkata, pada awalnya, dia ragu-ragu dengan hasil ujian yang ditunjukkan alat pengesan kehamilan.

“Memandangkan soal kehamilan adalah bersifat peribadi dan tak mahu heboh pada peringkat awal, saya memilih menggunakan alat pengesan kehamilan dan hasilnya positif.

“Masih tak puas hati, saya lakukan ujian buat kali kedua dan hasilnya tetap sama iaitu positif. Untuk lebih yakin, saya buat lagi ujian sama. Kali ini saya menggunakan alat pengesan kehamilan digital dan tertera di skrin mengatakan saya hamil.

“Selepas tiga kali melakukan ujian, barulah saya benar-benar yakin diri berbadan dua,” kata pelakon Dend4m Pontianak ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

After two years of marriage, my husband @fattahaminz and I are delighted to share that we are expecting our first child. I am currently in my fourth month of pregnancy. We always believe in Allah’s perfect timing and we are overjoyed by the most beautiful gift Allah SWT has granted upon us. Nothing in the world matters more to us right now than our precious one. We would like to deeply thank everyone for your never ending prayers and well-wishes for us all this time. We are grateful for every single moment of this beautiful phase and we look forward to the blissful months to come. InsyaAllah. Once again, Alhamdulillah and thank you all from the bottom of our hearts. Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua. 🙏🏻❤️✨👶🏼 @fattzuralovelife

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 selepas dipertemukan dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella.

Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi Bisa Apa ini merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan agar mereka segera menimang cahaya mata.

“Sejak mendirikan rumah tangga, kami sentiasa percaya dan menyerahkan kepada Yang Maha Esa terhadap apa juga rezeki atau duga4nyang diberikan oleh-Nya.

“Alhamdulillah, berkat doa kami, keluarga tersayang, rakan-rakan dan peminat, akhirnya impian kami dimakbulkan,” kata Fazura yang turut berkongsi berita kehamilannya itu di Instagram (IG).

Sebelum ini, Fazura pernah dikatakan hamil selepas foto yang did4kwa menampakkan ‘baby bump’ ketika menghadiri sebuah acara pertunjukan fesyen menjadi tular.

Dia bagaimanapun menafikan d4kwaan itu.

Sumber: BH online

Foto: IG Fazura

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Dua tahun sudah bersama Fattah Amin, Nur Fazura kongsi berita gembira, kini sedang hamil 4 bulan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*