“Nak Follow Tak Follow, Dia Tetap Menantu Saya” – Bonda Rozita Ulas Hubungan Dengan Shahida

 

 

Ibu kepada usahawan kosmetik sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim menegaskan hubungan dengan menantunya, Datin Seri Shahida masih baik.

Jelas Rozita, 1su unfollow akaun Instagram tidak seharusnya menjadi topik perbualan hingga menjejaskan hubungan kekeluargaan mereka.

“Saya bersuara sebab dah tak tahan dan penat, kalau orang lain unfollow, bercer4i tak bercer4i bagai orang tak berminat dan tak ada nak tahu sangat.

“Tapi bab Kri (Aliff Syukri) dengan Ida (Shahida) saya pun dipalit sama! Saya tak bersalah dalam hal ni.

“Tolonglah, kasihanilah, berilah kami aman dan jangan bebankan lagi Ida atau saya untuk masalah peribadi ni. Suka hati saya nak follow atau tak.

“Saya tak follow Ida, kecoh se-Malaya masa PKP, sedap gosip penghilang stres ya, nak tahu say g4duh dengan menantu, salahkan menantu… dia tetap anak menantu sayalah.

“Saya tak pernah burvkkan Ida dan tak campur dunia luar. Ingat, dia tetap menantu saya hingga akhir hayat saya dan ibu pada cucu saya.

“Saya tak follow tak maksud saya g4duh… saya penat dihakimi oleh netizen,” tulis Rozita menerusi akaun media sosialnya pada Selasa.

Tambah Rozita, hubungannya dengan Shahida masih baik.

“Berhentilah… dia sangat baik dengan saya, sampai sekarang!” katanya.

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila netizen mula membabitkan Rozita dalam 1su rumah tangga pasangan Aliff Syukri dan Shahida.

Hingga ada yang mend@kwa Rozita seakan-akan memberikan bayangan punca keretakan rumah tangga anak dan menantunya.

Sehubungan itu, Rozita berharap agar semua pihak menghorm@ti keluarganya dan tidak membuat tuduhan melulu.

“Tak payahlah tanya say follow ke unfollow ke, saya malas dan tak nak tengok semua anak saya di media sosial, semak otak je.

“Jangan soal saya benda-benda tak cerdik dan tak menguntungkan dan tak perlu sibuk fasal mereka untuk minta saya ulas,” tambahnya.

Mahligai Aliff dan Shahida dikhabarkan mulai retak sejak beberapa bulan lalu dan pelbagai spekulasi timbul berhubung situasi tersebut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Nak Follow Tak Follow, Dia Tetap Menantu Saya” – Bonda Rozita Ulas Hubungan Dengan Shahida"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*