(Video) “Di bulan Ramadan takkan main Twitter je.” – Ucapan ‘sempoi’ Menteri Agama tapi menusuk kalbu

“Ramadan ini Ramadan kita, kitalah yang mencorakkannya,” pesan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Jelas beliau, sambutan Ramadan pada kali ini sungguh agak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.

Ditambah pula dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, maka setiap ahli keluarga perlu mengambil peluang untuk melaksanakan ibadah Ramadan bersama-sama.

“Walaupun hal yang saya sebutkan ini adalah hal yang amat mudah dan remeh-temeh, tetapi percayalah satu hari nanti. anda akan menitiskan air mata bila mengenangkan saat emas bersama keluarga masing-masing dalam tempoh sebegini.

“Bagi yang jauh daripada keluarga, usah jadikan PKP ini satu halangan.

TERKINI | Jaga tutur kata ketika menjalani ibadah puasa.Video: Ihsan RTM

Posted by Buletin TV3 on Thursday, April 23, 2020

“Eratkan ukhwah melalui sidang video bersama insan tersayang,” katanya dalam Perutusan Khas Menteri Agama secara langsung pada hari ini.

Sebentar tadi, menerusi Sidang Media Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri telah membacakan perutusan menjelang bulan Ramadan yang dijangka jatuh pada hari esok.

Dalam ucapan tersebut, beliau telah memaklumkan berkaitan ‘kebiasaan normal yang baharu’ apabila tiada lagi bazar Ramadan dan juga solat terawih berjemaah di masjid ataupun surau pada tahun ini.

Walau bagaimanapun, ibadah puasa masih berjalan seperti biasa dan orang ramai boleh mendapatkan juadah kegemaran mereka secara atas talian.

Namun begitu, teks ucapan yang dibaca menteri kedengaran begitu ‘sempoi’ dan dekat dengan masyarakat apabila turut sama menggunakan contoh seperti perutusan Perdana Menteri satu ketika dahulu.

Menuturkan dalam intonasi yang lembut dan seolah-olah sedang berceramah di masjid, perutusan yang dibuat oleh Menteri Agama itu telah mendapat pelbagai respon positif dalam kalangan warganet.

Rata-rata berasa seronok mendengar perutusan berkaitan bulan mulia itu dan mengakui selesa dengan intonasi yang digunakan oleh Dr Zulkifli Al Bakri.

Ucapan yang dibuat sebentar tadi dilihat begitu ringkas, namun cukup padat dengan nasihat serta pesanan-pesanan kepada umat Islam dan juga rakyat Malaysia berkenaan amalan semasa bulan Ramadan.

Sehubungan dengan itu, sebagai langkah membendung C0vid-19, perlulah kita sama-sama mematuhi pesanan tersebut demi kesejahteraan bersama.

Ucapan yang dibuat sebentar tadi dilihat begitu ringkas, namun cukup padat dengan nasihat serta pesanan-pesanan kepada umat Islam dan juga rakyat Malaysia berkenaan amalan semasa bulan Ramadan.

Sehubungan dengan itu, sebagai langkah membendung C0vid-19, perlulah kita sama-sama mematuhi pesanan tersebut demi kesejahteraan bersama.

Sumber: OMM, Facebook Dr Zulkifli Al Bakri, Twitter

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Hiburan Netizen

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment on "(Video) “Di bulan Ramadan takkan main Twitter je.” – Ucapan ‘sempoi’ Menteri Agama tapi menusuk kalbu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*