Jadi ‘Runner’ McD, Sepupu Eira Syazira ‘Pergl’ Ketika Hantar Pesanan Pelanggan

Pengorbanan mereka yang berkhidmat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan sememangnya sangat besar. Bukan hanya mereka yang bertugas dalam sektor kesihatan dan pertahanan, para penghantar makanan turut berhadapan dengan risiko sama.

Demi memastikan pelanggan menerima tempahan makanan pada waktu yang ditetapkan, para penghantar makanan pastinya akan berusaha secepat mungkin untuk menghantar pesanan kepada pelanggan.

Namun, siapa sangka musibah men1mpa tanpa dijangka. Hal ini samalah seperti yang terjadi kepada sepupu pelakon popular Eira Syazira yang men1nggal dunia semasa dalam perjalanan menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.

Dikenali sebagai Muhammad Fakrulrozi Fauzi, lelaki berusia 21 tahun itu dalam perjalanan menghantar pesanan makanan dari McD kepada pelanggannya. Namun terlibat dalam k3m4langan ketika dalam perjalanan.

Abang kepada m4ngsa telah memaklumkan perkara tersebut di Facebook dan memberitahu bahawa adiknya telah men1nggal dunia sekitar tengahari semalam iaitu sehari sebelum Ramadan.

Menerusi gambar yang dimuat naik di Facebook, jelas sekali makanan yang dipesan oleh pelanggan bertaburan di jalan dan m4ngsa yang sudah men1nggal dunia ditutup menggunakan payung.

Sehubungan dengan perkongsian duka Eira Syazira, rata-rata warganet berasa sebak dan turut mengucapkan salam takziah kepada keluargannya. Mereka juga mendoakan agar r0h pemuda tersebut dicucuri rahmat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber Eira Syazira, Al Hakeim Fauzi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Jadi ‘Runner’ McD, Sepupu Eira Syazira ‘Pergl’ Ketika Hantar Pesanan Pelanggan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*