Nak4Inya Saya Dulu, Kawan Dengan Budak Besar. Bila Cikgu PukvI, Saya Pancitkan Tayar Kereta – Ebit Lew

” Saya cuma nak semua orang bahagia dan masuk syurga dan saya akan tunaikan hak mereka mendekati Islam sebab saya tahu hidup saya macam mana dahulu, sangat tidak bahagia.

” Saya ses4t tak kenal tuhan, saya betul-betul degil.

” Nakalnya saya dulu-dulu, kawan dengan budak-budak besar yang jahat-jahat bila cikgu pukvl, saya pancitkan kereta dan cat rumah dia.

” Tetapi masa saya pergi sekolah, ada cikgu matem4tik bagi ceramah.

” Bila cikgu bagi tahu tinggal satu solat bersamaan 80 tahun di ner4ka saya menangis tak berhenti.”

Ayah garang, tapi dengan mak romantik habis

Demikian luahan Ustaz Ebit Lew sebelum ini yang pernah tular, ketika menyampaikan ceramah sempena Open Day: BR Hackathon Day pada tahun 2019 anjuran Inasis Bank Rakyat di padang Kachi, UUM.

” Saya mula teringat mak ayah saya. Cita-cita saya yang pertama, untuk pastikan mak ayah masuk syurga.

” Saya terlalu sayang mak ayah, saya tak nak mereka masuk ner4ka. Itu yang buat saya berubah dalam hidup. Itu juga yang membakar semangat belajar mendalami Islam dan berd4kwah.

” Hari-hari saya rajin belajar, baca buku, Saya balik rumah, saya masuk ikut pintu belakang untuk belajar kenal ALLAH. Bapa marah, dia rotan saya.

” Ayah saya garang. Kalau ayah pegang kayu pvkul 7 malam, anak-anak semua masuk rumah tapi dengan mak dia romantik habis, makan bersuap-suap dan tak pernah marah mak.

” Semangat berd4kwah bermula sejak kecil dan sering mengikut orang-orang tua masuk kampung orang asli untuk berd4kwah.

” Satu hari saya balik rumah pandang mak ayah saya menangis. Saya balik dari msjid, saya menyorok dalam rumah sedang ralit baca Al-Quran dan hadis, tiba-tiba mak datang.

” Mak menangis duduk dekat saya katanya dia mahu belajar solat dan kenal ALLAH cuma saya sedih ayah masih dengan dunianya. Hari-hari saya menangis mendoakan dia.

” Ya ALLAH, saya tak nak ayah masuk ner4ka. Saya sayang dia. Berilah hidayah kepada dia.”

” Saya doa sungguh-sungguh sambil menangis tetapi jauh di sudut hati sebenarnya saya tak percaya ayah boleh berubah.

” Cuma saya pos1tif, setiap hari saya balik rumah, saya fikir, “mesti ayah tengah solat, tengah buka Al-Quran dan buat benda baik-baik.

Tiba-tiba ayahnya datang suruh ajar solat

” Tahu tak hari paling gembira dalam hidup saya? Masa saya baca al-Quran dan hadis, bapa datang duduk sebelah saya,” soalnya memancing minat.

” Ebit, boleh tolong ayah?” mata ayah berkaca. Boleh tak ajar ayah kenal ALLAH, ajar ayah solat.

” Saya terus menangis tak henti-henti di pangkuannya. Saya pegang tangan dia, bawa pergi ambil wuduk.

” Masa itu saya merasa kagum dengan kebesaran ALLAH, saya sangat yakin dengan kekuatan doa, tiada apa yang mustahil.

” Perkara yang saya fikir paling mustahil, rupa-rupanya saya terlupa yang Allah kenal bapa lebih daripada saya kenal bapa saya sendiri.

” Saya ajak dia solat, bentangkan dua sejadah, saya imam dia makmum. Tengah solat, ayah menangis kuat-kuat. Dia tak baca apa-apa.

Ayah: Ebit, ALLAH maafkan ayah tak? Ayah jah4t, ayah tak pernah kenal Dia, ayah tak pernah terima kasih pada Dia?

Ebit: Ayah, tahu tak siapa yang bawa ayah hari ini untuk solat, untuk kenal ALLAH? Kalau ayah nak tahu, bukan mak, bukan Ebit, bukan siapa-siapa, tapi ALLAH yang Maha Kaya, Maha Penyayang, Maha Pengasih, yang maha segala-galanya.

Dia yang menjadikan sesuatu, yang miliki segala sesuatu. Ayah, dia yang jaga kita dari dulu sampai sekarang, Dia yang bagi ayah hidayah, Dia dah maafkan ayah.

Itulah hari yang paling bahagia dalam hidup saya. Kalau saya tak kenal tuhan, saya tak tahu apa yang jadi dalam hidup saya sekarang. saya sangat bahagia dapat kenal ALLAH kalau tidak musnah hidup saya.

” Entah kat longkang mana saya hidup sekarang, entah apa yang saya akan buat kalau saya tak kenal tuhan, saya tak tahu apa yang akan jadi dalam hidup saya. Tapi lepas kenal tuhan, saya sangat bahagia.

” Saya jumpa mana-mana orang saya bagi tahu pada semua orang, supaya mereka belajar dan kenal.. tuhan ini cuma satu.

” Nama tuhan kita ALLAH, nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Kena bagi tahu pada semua bukan Islam dan sayangi mereka.

” Dia masuk Islam atau tidak, mereka keluarga kita, tuhan yang jadikan kita semua dan tak boleh h1na sesiapa.

” Tapi kita kena pujuk semua orang untuk mendekati Islam sekali-sekala bercakap dengan mereka beritahu dengan baik.” akhiri Ustaz Ebit Lew

Sumber: A.U

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment on "Nak4Inya Saya Dulu, Kawan Dengan Budak Besar. Bila Cikgu PukvI, Saya Pancitkan Tayar Kereta – Ebit Lew"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*