MALAYSIA berkemampuan menjadi antara negara melaksanakan pembangunan dan penyelidikan vaksin koronav1rus baharu (C0v1d-19). Keyakinan itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah susulan perbincangan yang giat dijalankan bersama negara lain mengenai usaha membangunkan vaksin terbabit.
Menurutnya, hasil perbincangan berkenaan diharap mendapat maklum balas positif. “Setakat ini, kita sudah kenal pasti beberapa negara dan akan berhubung dengan negara terbabit. Kita akan lihat bagaimana kita dapat bekerjasama dengan mereka dari segi penyelidikan.
“Malaysia akan menawarkan diri menjadi negara yang boleh dijadikan tempat untuk melaksanakan penyelidikan itu,” katanya dalam sidang media harian C0v1d-19 di Putrajaya, hari ini. Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap negara akan dipilih dalam pembuatan vaksin itu.
Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, tiga kementerian iaitu Kementerian Luar, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi serta KKM bekerjasama untuk memastikan Malaysia mengambil langkah proaktif membangunkan vaksin C0v1d-19.
Beliau berkata, kerjasama itu bertujuan memastikan Malaysia berada di kedudukan terbaik untuk mendapat akses kepada pembangunan vaksin serta mampu terus mendapatkan vaksin terbabit apabila ia siap dihasilkan. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jangan lupa tekan like dibawah untuk berita menarik
Sumber Hmetro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Be the first to comment on "Malaysia Hasilkan Vaksin Covid 19. Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia Apabila Dr Noor Hisham Katakan Malaysia Terpilih Dlm Pembuatan Vaksin"