“Tiada Sebarang Kertas S1asatan Akan Dibuka Terhadap Ebit Lew” – Pengarah JSJ Bukit Aman

p0lis mengesahkan pend4kwah terkenal Ebit Lew mendapat kebenaran untuk memberi sumbangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Memetik laporan Astro Awani, pengarah Jabatan s1asatan Jen4yah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, dalam satu kenyataan berkata pihaknya tidak pernah menghalang pend4kwah itu untuk berbuat demikian selagi beliau mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat. Cuma sayalah terasa sedih sangat. . Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner. . Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia. . Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu. Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sedih aku, susah aku hanya kepada Engkau.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Dalam pada itu, tiada sebarang kertas s1asatan akan dibuka terhadap pend4kwah itu.

p0lis juga menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh dikecualikan daripada t1ndakan undang-undang ke atas sebarang pelanggaran berkaitan pelaksanaan PKP.

Pada Jumaat, Ebit Lew dipanggil memberi keterangan berikutan reaksi orang ramai berhubung t1ndakannya memaparkan aktiviti kebajikannya ketika PKP.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment on "“Tiada Sebarang Kertas S1asatan Akan Dibuka Terhadap Ebit Lew” – Pengarah JSJ Bukit Aman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*