Ibu Telefon Beritahu Bermimpi Nampak Wajah Saya Umpama Ahli Syurga Bersinar – Ust Abu Syafiq

Sejak akaun Facebook digodam, Ustaz Abu Syafiq dilihat memilih laman sosial Instagram bagi berkongsi maklumat atau apa sahaja berkaitan dirinya.

Meskipun beliau memilih untuk menutup ruangan komen, namun mungkin itu jalan terbaik bagi mengelak warganet menulis komen bersifat ftnah dan mengumpul dosa kering.

Malah sebenarnya masih ramai mengikuti perkembangan semasa beliau, apatah lagi semenjak 1su perdebatan dengan warganet susulan ‘statement’ beliau yang did4kwa ditujukan kepada Ust Ebit Lew.

Mimpi ibunya

Sementara itu perkongsian terbaru Ustaz Abu Syafiq di Instagram sebentar tadi menarik perhatian orang ramai.

Ia susulan pend4kwah bebas itu memberitahu ibunya menelefon untuk memberitahu bahawa dia nampak wajah Abu Syafiq muncul di dalam mimpinya.

” Hari ini ibu saya hubungi saya…jarang ibu saya call sebab biasanya saya yang call.

” Ibu bagitau dia bermimpi nampak wajah saya umpama ahli syurga bersinar pulang kerumahnya. Sebak saya.

” Semoga Allah merahm4ti ibu saya seperti dia merahm4ti saya ketika saya kecil bahkan lebihkan lagi rahmat buat ibu.” tulis Abu Syafiq

Tampil jelaskan 1su sebenar dengan Ebit Lew

Hari ini juga, Abu Syafiq tampil mempertahankan diri dan menjelaskan bahawa status di laman sosial sebelum ini mengenai teguran dalam menjaga aiib ketika memberi sumbangan tidak ditujukan khas kepada Ebit.

Menurutnya, timbul salah faham berkaitan posting tersebut apabila ia disamakan dengan aktiviti kebajikan yang dilakukan Ebit.

Perkara itu dijelaskannya ketika ditemubual oleh seorang bekas wartawan penyiaran TV3, Ryzal Ibrahim.

Rakaman temubual oleh bekas wartawan TV3 dengan Ustaz Abu Syafiq yang dimuat naik di Facebook miliknya.

” Masa saya tulis tu, demi Allah saya tak tahu Ebit masukkan dalam Facebook sebab saya tak follow dia. Saya tak tahu langsung… saya tak tuju kepada dia dan saya tak tahu langsung.

” Tapi ada orang ambil statement saya… (cantumkan) kata Ustaz Abu Syafiq ni kutvk Ebit Lew. Kemudian baru saya tahu Ebit letak gambar.

” Saya tak tahu sebelum itu. Tak ada kaitan dengan Ebit Lew sebenarnya,” katanya dalam temu bual tersebut.

Tak ada masalah kalau tak mengaiibkan

Menjelaskan lebih lanjut mengenai posting tersebut, Abu Syafiq berkata dia sama sekali tidak mempertikai usaha untuk memberi sumbangan dan menyiarkannya di media sosial, selagi mana perkara itu dilakukan dengan adab dan menjaga aiib penerima sumbangan.

” Statement saya adalah berkenaan meletakkan gambar dan video orang miskin yang susah sehingga memalukan dia dengan aiib, maka hukumnya har4m.

” Jika menjaga aiib (penerima), nak tangkap gambar atau video tak ada masalah.

” Bukan saya melarang orang tangkap gambar untuk kebaikan, menggalakkan orang lain untuk bersedekah ketika beri sumbangan… saya tak larang yang itu.

” Saya larang jika ia sehingga mengaiibkan orang itu,” katanya lagi.

Tak akan minta maaf

Justeru Abu Syafiq menegaskan, tiada keperluan untuknya meminta maaf kepada individu yang dikaitkan dengan dirinya itu.

” Kalau saya ni sengaja nak tuju kepada dia, dan timbul pula 1su macam ni, memang saya rasa bersalah. Tapi saya tak tuju kepada dia pun.

” Saya tidak akan mohon maaf sebab saya tak buat salah,” katanya lagi.

Ustaz Ebit sebelum ini berkongsi rasa sedih kerana tindakannya mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.

Rakaman audio berdurasi selama 9 minit yang disiarkan di laman Facebook Ryzal sehingga kini meraih 1,100 shares dan ribuan komen netizen.

Ebit sebelum ini memuatnaik status di laman Facebook meluahkan perasaan berikutan niatnya membantu golongan kurang berkemampuan disalahertikan dan dipertikaikan oleh segelintir pihak.

Malah, beliau turut mengumumkan untuk tidak lagi keluar berkhidmat memberi bantuan sepanjang tempoh PKP selepas dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman.

Bagaimanapun pada Sabtu, polis mengesahkan bahawa penceramah tersebut diberi kebenaran untuk memberi sumbangan keperluan terutama makanan kepada golongan tidak berkemampuan ketika tempoh PKP.

Sehari selepas kenyataan polis itu, Ebit kembali turun padang memberi sumbangan kepada golongan memerlukan, antaranya sebuah keluarga daif yang tinggal di dalam sebuah pondok di Baling, Kedah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment on "Ibu Telefon Beritahu Bermimpi Nampak Wajah Saya Umpama Ahli Syurga Bersinar – Ust Abu Syafiq"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*