“Tiada Kerja, Isteri Lumpuh” Ini Dug4an Yang Terpaksa Dihadapi Oleh Rahmat Rabbani Dan Isteri

KUALA LUMPUR: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Ketika terputus punca pendapatan, anggota kumpulan Rabbani, Rahmat diuji dengan isterinya diser4ng penyak1t lumpvh separuh badan.

Hidup Rahmat tak ubah seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Terlalu berat buatnya berkongsi ujian kehidupan yang dilalui pada ketika ini. Berkali-kali dipujuk, akhirnya barulah Rahmat bersedia meluahkan apa yang terbuku di hati selama berbulan-bulan tanpa did3dahkan pada sesiapa.

Rahmat berkata, kehidupannya kini sangat menekan selepas isteri diser4ng penyaki1t lumpvh, sejak dua bulan lalu.

“Doktor mengesahkan isteri mengalami lumpvh separuh badan selepas terjatuh dalam bilik air pada Mac lalu. Ketika jatvh, isteri berdepan pendar4han kepala dan kerap berulang-alik ke h0spital.

“Saya reda, ini uji1an saya dan keluarga. Buat masa ini, saya sukar mahu bergerak kerana menjaga isteri,” katanya kepada BH Online.

Rahmat berkata, lebih merisaukan, dia terputus punca pendapatan kerana Rabbani tidak lagi dipanggil mengadakan persembahan pentas, sejak awal tahun ini.

“Sepanjang 2019, persembahan sangat terhad dan lebih kepada persembahan berbentuk amal sahaja.

“Dalam situasi tiada kerja, isteri pula saki1t dan lumpvh, dug4an ini berat buat saya dan keluarga,” katanya.

Katanya, kehidupannya banyak bergantung kepada tawaran persembahan bersama Rabbani, sejak lebih 20 tahun lalu.

“Apabila Rabbani tiada undangan persembahan, isteri banyak membantu ekonomi keluarga. Kami berniaga masakan tradisi Terengganu seperti Nasi Dagang dan Laksam.

“Bagaimanapun, kini, kehidupan kami berubah 100 peratus apabila isteri kurang bermaya dan tidak boleh bergerak. Saya pula tidak boleh ke mana-mana mencari rezeki menampung keluarga.

“Saya mengharapkan ada pihak yang sudi membantu saya dan isteri. Saya memerlukan kos sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan bagi membeli ub4tan, pampers dan keperluan lain,” katanya.

Rahmat menerima kunjungan pend4kwah muda, Ustaz Sheikh Mohammad yang menziarahinya sekeluarga di kediaman di Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Beliau juga menghulurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan asas dan lampin pakai buang yang diperlukan Norazlina.

Sumber: BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment on "“Tiada Kerja, Isteri Lumpuh” Ini Dug4an Yang Terpaksa Dihadapi Oleh Rahmat Rabbani Dan Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*