Dua beranak ini sama-sama jelita… tapi si ibu lebih ‘laju’ dapat info dirinya jadi perhatian – “Mak saya tahu bukan dari saya”

WAJAH jelita yang dimiliki gadis ini pastinya diwarisi daripada ibunya.

Malah, perkongsian foto perbandingan wajah mereka berdua cukup mencuri perhatian sehingga ia menjadi tular di Twitter.

Menurut Adriana Afrina, 17, dia sekadar berkongsi foto itu secara suka-suka dan cukup terkejut dengan reaksi yang diterima.

“Sebenarnya benda ni terfikir masa saya tengah scroll galeri dan terjumpa gambar favourite mak saya masa raya tahun lepas.

“Saya post sebab dulu ada juga orang buat macam tu. Jadi kenapa tidak untuk saya buat secara suka-suka?

Adriana terkejut foto ibunya menjadi tular di laman Twitter.

“Tak jangka pun ia akan viral, kemudiannya esok tu saya bangun terus terkejut tengok notification banyak masuk,” ujar Adriana kepada mStar.

Menurut gadis itu, ibunya yang dikenali sebagai Jamilah kini berusia 45 tahun.

 

Ada juga yang DM (direct message) tanya rahsia, tapi mak saya tak ada amalkan apa-apa pun. Cuma pakai sabun beras sahaja.

ADRIANA AFRINA

ANAK

Malah, belum sempat dia bercerita mengenai posting tular itu, ibunya terlebih dahulu tahu setelah diceritakan oleh rakan-rakan serta sepupu Adriana.

“Mak saya tahu bukan dari saya. Sepupu saya dan kawan-kawan dia yang beritahu. Saya nak cakap tapi mereka lagi laju.

“Ada juga yang DM (direct message) tanya rahsia, tapi mak saya tak ada amalkan apa-apa pun. Cuma pakai sabun beras sahaja,” kongsi Adriana.

Lagi foto ibunya yang dikongsi di Twitter.

 

Kata gadis itu lagi, dia sama sekali tidak kisah apabila dibandingkan dengan ibunya.

Malah, anak kelahiran Selangor itu turut mengakui bahawa ibunya kelihatan cukup menawan dan menarik menerusi posting yang dikongsinya di Twitter.

Sehingga kini, posting tersebut menerima lebih 7,700 ulang kicau (Retweet) di laman Twitter.

Antara komen-komen netizen.

Malah, ia turut dihujani pelbagai komen netizen yang rata-ratanya memuji kecantikan dua beranak itu.

“Saya dapat lihat dari mana awak mewarisi gen kecantikan.

“Kakak dengan adik ke?

Posting asal yang dikongsikan di Twitter.

“Hai masih single? Hahaha gurau-gurau. By the way mak awak memang cantik.

“MasyaAllah dua-dua lawa,” tulis beberapa netizen.

Menerusi laporan mStar baru-baru ini, seorang wanita berusia 41 tahun turut menjadi tular setelah fotonya dikongsi di laman Twitter.

Biarpun sudah memiliki empat cahaya mata, kisah kecantikan dan awet muda Rahayu Razali berjaya mencuri tumpuan ramai.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Dua beranak ini sama-sama jelita… tapi si ibu lebih ‘laju’ dapat info dirinya jadi perhatian – “Mak saya tahu bukan dari saya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*