Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, bermacam ragam yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dalam mengisi masa lapang.
Ada yang berjoget menggunakan remix percakapan Perdana Menteri, suami mula pakai baju kelawar isteri, kayu basikal dalam rumah, masak tak jadi dan banyak lagi.
PEMUDA HASILKAN WAJAH DR NOOR HISHAM GUNA SKRU
Lain pula yang dilakukan oleh seorang lelaki berbangsa cina yang dikenali sebagai Choong Chee Leong atau selesa disapa Ahguu yang menggunakan bakat seninya dalam menghasilkan potret unik Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham sebagai tanda penghargaan dalam menangani w4bak C0v1d-19.
Umum mengetahui bahawa Dr Noor Hisham antara tulang belakang petugas kesihatan dengan keadaan semasa kini. Dia sering sahaja tampil menyampaikan maklumat kepada masyarakat dan menasihati kerajaan berkaitan SOP sepanjang PKP.
Dengan itu, pemuda yang berusia 33 tahun ini telah berjaya hasilkan potret Dr Noor Hisham, hanya dengan menggunakan skru. Perkara tersebut dikongsikan di laman Instagramnya pada beberapa hari yang lalu.
SEBANYAK 4,219 SKRU DIGUNAKAN
Sebagai rekod, Ahguu pernah menjalankan pelbagai ujikaji hasil seni melalui benang dan paku pada beberapa tahun lalu. Kali ini dia mencabar diri pula dengan menggunakan skru sebagai bahan seni.
Difahamkan untuk menyiapkan wajah lengkap Dr Noor Hisham, Ahguu telah guna sebanyak 4,219 skru keseluruhannya. Sebelum itu dia melakar dulu wajah pada kertas sebelum transform kepada skru.
SETIAP PAKU PERLU DIGERUDI DENGAN TEPAT
Jelas Ahguu, setiap skru yang digerudi perlu tepat pada kedudukannya bagi menimbulkan ciri-ciri individu yang ingin dihasilkan. Jika tidak ia akan kelihatan seperti orang lain.
Tambah pemuda ini lagi, hasil karya seni tersebut akan diserahkan kepada Dr. Noor Hisham setelah berakhirnya tempoh PKP ini.
Melihat kepada reaksi netizen, rata-rata mengagumi bakat yang ditampilkan oleh Ahguu yang ternyata berbeza berbanding potret wajah yang lain.
Bila bekerja dengan ikhlas, maka ramai orang yang akan sayang dan hargai segala pengorbanan, seperti mana ditunjukkan oleh Dr. Noor Hisham kepada rakyat terutamanya.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !
Sumber : Info Meecks
Be the first to comment on "Hasil Sungguh Unik! Pemuda Cina Lakar Potret Dr Noor Hisham Guna Beribu Skru, Tarik Perhatian Ramai"