Baru sahaja empat bulan bergelar kepada Cikgu Azlan, sebelum ini pelakon dan penyanyi Elly Mazlein dihujani pertanyaan daripada netizen sama ada dirinya sedang hamil berikutan badannya yang kelihatan berisi.
Bagaimanapun, Elly menjelaskan badannya semakin berisi kerana sangat bahagia disamping suami dan anaknya. Muncul di program MeleTOP semalam, rata-rata penonton tertumpu pada bahagian perutnya yang dilihat seakan ada ‘baby bump’.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Elly turut memuat naik fotonya dan berselir0h mengatakan bahawa perutnya nampak buncit kerana menikm4ti hidangan makanan yang pelbagai dan disediakan oleh katering di tempat rakaman.
Namun rata-rata netizen membuat spekulasi bahawa itu adalah baby bump dan mengatakan pengacara itu bakal bergelar ibu tidak lama lagi.
Terdahulu, Elly berkata dia bersedia berkongsikan berita gembira kehamilannya apabila sampai waktunya nanti. Malah, Elly juga pernah mengatakan dirinya tidak sabar memiliki cahaya mata bersama suaminya itu.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !
Sumber : Rotikaya
Be the first to comment on "Peminat Nampak Baby Bump, Elly Mazlein Kini Hamil?"