Sedang Najib tgh syok promote Baju Raya, sekali Abu Syafiq bagi komen

Najib Razak antara ahli parlimen yang paling aktif di sosial media sehingga mendapat gelaran Raja Tr0ll.

Sempena hari raya yang bakal menjelang, Najib Razak juga mengeluarkan baju Melayu jenama sendiri. Berikut posting Najib mempromosi corak terbaru Baju Melayu jenama Bossku

Melayu tidak malas.

“Jangan percaya orang yang kata begitu.Saya tahu walaupun keadaan ekonomi kita tidak begitu baik tahun ini.Tetapi saya lihat ada ramai anak muda yang gigih berusaha.”

Mereka sedang cuba.

“Ada yang buat start up delivery, ada yang mengubah kaedah menjual makanan kepada online.”

“Ada yang cuba berniaga barang keperluan kesihatan, ada juga yang meniaga pakaian.”

“Baru-baru ini juga saya pun ada try pakaian hasil tangan mereka.Ikut kebolehan diri, keyakinan diri dan kemahiran masing-masing.”

“Ya, ramai anak muda yang datang minta nasihat daripada saya.Perlu ada perancangan yang rapi, sentiasa memenuhi kehendak pelanggan.”

” Sudah tentu akan ada 1su, kegagalan di peringkat awal dan pelbagai cabaran.Paling penting, jangan putus asa.”

” Saya sentiasa menggalakkan saudara-saudari untuk cuba, terutama yang muda-muda.Saya juga membantu usahawan muda Malaysia yang tidak pernah henti menyokong saya.”

“Tidak ada apa-apa salah untuk menolong sekali-sekala.Di mana kita masih mampu bantu, kita bantu saja bila diminta.”

Melayu tidak malas.Jangan percaya orang yang kata begitu.Saya tahu walaupun keadaan ekonomi kita tidak begitu baik…

Posted by Najib Razak on Tuesday, May 5, 2020

 

Sekali Abu Syafiq masuk komen

Menurut Abu Syafiq,sedang Najib tengah sibuk promosi baju melayu jenama sendiri, ramai orang tengah susah di perlimen pekan.

Abu Syfia mengigatkan Najib supaya pulang untuk menjenguk kawasan Pekan

Najib Razak merupakan ahli parlimen Pekan selepas dia berjaya mengekalkan kerusi pada PRU yang lepas

“Najib yang saya sayangi sudah mula jual baju melayu jenama sendiri. Huhu.

Tok! Kat Pekan Parlimen Datuk ramai orang susah tok. Taknak jenguk ke? Takkan mengkacang jek di FB” tulis Abu di IG beliau

Sebelum ini Abu telah berkongsi satu gambar bersama Najib dalam sebuah majlis

FROM ABU SYAFIQ TO NAJIB

1- Saya Ustaz Abu Syafiq mengucapkan ribuan terima kasih buat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak kerana masih ingatkan saya dan teguran umum saya sehinggakan DSN memuatkan video saya dalam facebook beliau. Alhamdulillah.

2- Ya, dari segi pemikiran politik individual sejak akhir sebelum PRU-14 saya memang agak berbeza dengan DSN.

PM-8 sekarang Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri pun berbeza dengan DSN bukan?? Maka sememangnya ada saling kritik mengritik disitu. Tiada masaalah asalkan ia dalam kerangka ilmiah dan hujjah.

3- Namun ada cerita antara saya dan DSN ini sebelum perbezaan idea politik tersebut. Pada 2012 DSN difitnah hebat berkaitan 1su pembvnuhan Altantbya. Ketika itu berlakunya pertemuan antara ulama pondok dengan DSN di Masjid Bukit Antarabangsa. Saya bersama Agamawan Negara Al-Marhum Dato Uthman El-Muhammady hadir tanda menyokong kepimpinan DSN ketika itu sebagai PM dan menolak f1itnah.

Saya langsung tidak menjadikan 1su hangat yang dikaitkan antara Altantvya dan DS Najib ketika itu sebagai bahan mengh3ntam DSN bahkan saya sehingga kini langsung tidak percaya DSN membvnuh atau arahkan bvnuh AlTantvya.

Benar, hal lain ada saya kritik namun saya tidak pernah fi1tnah DSN pun.

4- DS seharusnya tahu bahawa Baginda Nabi pernah bersabda: “Malu itu adalah dari Iman”. Riwayat Al-Bukhari. Kerana itulah saya menegur slogan berbunyi Malu Apa Bossku yang ketika itu digunakan juga oleh kanak-kanak yang ditangkap kerana merokok dan apabila cikgu bertanya mengapa kamu merokok mereka menjawab Malu Apa Bossku!

Ia dijadikan satu slogan yang kurang baik berbanding baiknya yang dianggap wujud padahal kurang baik bercanggah dengan hadith Nabi tadi.

5- Di akhir ini saya nasihatkan DSN ada baiknya juga DSN memuatkan satu lagi video kritikan keatas DSN serta persoalan pedas TS Muhyiddin Yassin keatas DSN ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri bawah DSN tika itu berkaitan 1MDB. Beliau kritik DSN dan sound kaw-kaw keatas DS Najib secara terang-terangan.

Beliau kini PM keatas DSN dan PM keatas saya. Sila ingat-ingatkan semula video TSMY tu ye!

Wassalam.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : MV/Media Viral

Be the first to comment on "Sedang Najib tgh syok promote Baju Raya, sekali Abu Syafiq bagi komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*