Ditudvh punca Aza putus tunang, Fizo mula buka mulut

KUALA LUMPUR: Belumpun setahun bergelar duda, pelakon, Fizo Omar dikaitkan menjalinkan hubungan istimewa dengan Azar Azmi apabila kelihatan sering bersama.

Spekulasi hubungan Fizo dan Azar mula diperkatakan apabila dipertemukan menerusi drama Maaf Tak Indah, selain kerap bersama menghasilkan video yang dimuat naik dalam laman YouTube, sejak akhir-akhir ini.

Fizo berkata, dia mengenali Azar ketika menjalani penggambaran drama Maaf Tak Indah. Sebelum ini, mereka tidak pernah bertentang mata.

“Jujurnya, saya tak tahu Azar bertunang mahupun putus tunang.

“Kalau nak tuduh saya menjadi punca ikatan pertunangan Azar dan bekas tunang terlerai, tidak adil. Setahu saya, Azar putus tunang sebelum kami digandingkan dalam drama Maaf Tak Indah.

“Jadi, tidak mungkin saya menjadi orang ketiga dalam perpisahan mereka. Kali pertama saya bertemu Azar ketika penggambaran drama, kami rapat pun ketika berlakon bersama,” katanya kepada BH Online.

Fizo atau nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar berkata, dia dan Azar langsung tidak berhubung selepas selesai penggambaran drama Maaf Tak Indah.

“Kami tak sempat pun bertukar nombor telefon. Bagaimanapun, kami bertemu semula selepas diperlukan membuat ulasan makanan untuk laman sosial. Dari situ, kami mula dilihat rapat.

“Saya juga mengvndang Azar muncul dalam saluran YouTube saya. Secara kebetulan, Azar baru hendak melancarkan salurannya sendiri. Jadi, tidak salah rasanya kami buat penggambaran bersama,” katanya.

Pelakon drama Bukan Cinta Aku dan Adellea Sofea itu berkata, dia selesa berkawan dengan Azar.

“Azar berperangai g1la-g1la. Sesiapapun selesa berkawan dengannya. Bagaimanapun, setakat ini, masih jauh untuk mentafsirkan hubungan kami.

“Apa yang boleh dikatakan, kami bukan bercinta, tetapi hanya berkawan. Lagipun, saya belum terfikir melangkah ke alam perkahwinan lagi kerana banyak kerja yang perlu diberikan keutamaan.

“Pada usia sekarang, perasaan mahu bercinta tidak sama seperti zaman muda dahulu,” katanya.

Jejaka kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu berkata, dia tak pernah serik mahu berkahwin lagi.

“Keinginan berkahwin memang ada. Saya berkahwin bukan kerana mencari wanita menjaga makan minum, tetapi saya inginkan keberkatan hidup.

“Saya percaya kunci kejayaan perniagaan datangnya daripada isteri yang sentiasa menjadi tulang belakang suami. Saya percaya pada jodoh, tetapi ia tidak semestinya perlu bercinta beriya-iya.

“Ada kala, bercinta bagai nak rak, tetapi perhubungan tidak menjadi. Jadi, saya enggan terburu-buru mencari pasangan hidup,” katanya.

Fizo berkata, dia tak letak sebarang syarat untuk cari pasangan.

“Bagi saya, asalkan kami serasi, itu cukup memadai. Mengenai anak Wan Maryam, tentunya saya ingin berkongsi hidup dengan wanita yang menerima anak saya dengan baik,” katanya.

Azar Azmi Putus Tunang, Rahsiakan Punca

Penerbit filem Hafiz Rozlan mengaku ikatan pertunangannya dengan pelakon Azar Azmi sudah putus sejak 10 Februari lalu.

Hafiz bagaimanapun enggan memperincikan punca keretakan hubungan antara mereka dan mendoakan yang terbaik buat pelakon Pujaan Hati Kanda itu.

“Ya, kami sudah putus tunang. Keputusan itu berpunca daripada beberapa perkara yang saya rasa tidak patut untuk did3dahkan buat masa sekarang.

“Saya anggap jodoh kami tertulis sampai di situ saja. Doakan yang baik-baik untuk kami berdua, dan saya doakan yang terbaik untuk Azar juga,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, status pertunangan mereka menjadi tanda-tanya apabila masing-masing sudah tidak berkongsi gambar bersama di laman sosial.

Azar dan Hafiz bertunang pada 1 Disember tahun lalu dengan disaksikan ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja.

Pasangan itu merancang bertunang selama setahun dan majlis pernikahan dijangka berlangsung pada hujung tahun ini.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber: Harian Metro/M.B

Be the first to comment on "Ditudvh punca Aza putus tunang, Fizo mula buka mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*