Bertemu dengan ibu tunggal 4 anak, si anak mnangis cerita kat Ebit Lew bila malam hujan lebat, mak berlari tadah air

” Allah hantar insan mulia seperti ustaz utk membantu fakir miskin dan pada masa yang sama untuk membuka mata semua pihak membantu golongan asnaf. Semoga Allah memberkati UEL sekeluarga”

Itu antara beribu komen warganet yang terharu dan sebak melihat kemurahan hati pend4kwah popular Ustaz Ebit Lew membantu golongan kurang bernasib baik.

Sejak 1su dipanggil ke Bukit Aman dan kemudiannya dibenarkan untuk meneruskan kerja amalnya, Ebit Lew semakin bersemangat bergerak ke seluruh pelusuk tanah air membantu orang miskin.

Perkongsian terbaru Ebit Lew di Facebook yang berkunjung ke sebuah rumah serba dh4if di Pahang, menarik perhatian ramai apabila mendapat 110k lik3sdan 5.1k shares.

Berikut ‘posting’ Ebit Lew:

Sebak menangis di Tanjung Lumpur Kuantan bila ibu tunggal ini menangis bersama 4 anaknya yang masih kecil dan bersekolah.

Anak yang 18 tahun, 17 tahun dan 9 tahun menangis cerita waktu malam hujan lebat. Mak berlari tadah air. Akhirnya tak boleh tadah. Setiap hari bila hujan begitu.

Masing-masing menangis kasihan pada ibunya. Tapi mereka memang susah dari dulu. Kakak duduk asrama, kasihan ibu sekaranh duduk rumah. Sekolah banyak membantu juga di sekolah.

Dulu kakak ni kerja guard dan berhenti. Anak sulung baru kerja 2 bulan dapat rm800. Sekarang dah takde gaji takde duit musim PKP. Makan maggi kongsi adik beradik. Basah semuanya. Dah 2 tahun duduk begini.

Bila adik 9 tahun dan 17 tahun menangis. Hati saya jadi pilu sangat. Tengoklah atap tu. Tiada bilik. Tiada katil atau tilam. Hanya Allah yang tahu isi hati ini. Bagaimanalah ada keluarga hidup begini 2 tahun.

Adik ni baik-baik semuanya. Besar nak jadi apa. Seorang tu nak jadi polis. Mereka bela ayam sedikit. Tapi musang makan ayam. Jadi tak kemana berniaga. Saya beli semua ayamnya dan anak ayam.

Adik ni sembunyi mesej saya tanpa pengetahuan mak nya. Dia diam-diam mesej. Kerana tak tahan waktu hujan lebat. Dan kadang rumah semua berlubang. Anak dara susah dan takut nak mandi dan buat apa-apa. Ya Allah tuhanku.

Doakan saya tengah cari rumah untuk mereka. Mereka menangis bila ajak pindah rumah.. Doakan yer.

Warganet sama-sama menyumbang

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Ebit Lew berkongsi ‘screenshot’ resit pemindahan wang ke dalam akaun khas dana kebajikan yang diuruskan oleh pend4kwah popular itu.

” Sama-sama membantu. Tak perlu nak tuding jari sana sini walau pun kita boleh fikir ramai org sekeliling dia yang mampu utk membantu…Semoga ALLAH mempermudahkan urusan ustaz.. kalau aku senang suka utk aku bantu mcm ustaz buat.” tulis Anep

” Assalamualaikum ustaz.. Sedikit sumbangan yang ikhlas dari sy semperna ari kelahiran ank saya. Doakn ank sy akn mjdi spt ustaz, yg tinggi ilmu agama, yg baik hati & ikhlas brbakti dlm mbantu semua org tk kira bangsa..” tulis Sam

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Kisah Benar

Be the first to comment on "Bertemu dengan ibu tunggal 4 anak, si anak mnangis cerita kat Ebit Lew bila malam hujan lebat, mak berlari tadah air"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*