Bert4rung Melawan K4nser, Elyana Masih Mampu Berpuasa Walaupun Kesihatan Macamni

Disahkan mengh1dap k4nser limf0ma sejak 8 tahun lalu dan masih bert4rung melawan peny4kit itu, Elyana terus positif menjalani rutin harian seperti biasa sebagai seorang isteri dan juga ibu kepada dua cahaya mata.

Berkongsikan perkembangan terbaru mengenai kesihatannya, Elyana berkata dia masih s4kit tetapi tidaklah seteruk seperti dahulu. Namun, Elyana meluahkan rasa syukur dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya masih pes4kit k4nser tahap empat di mana sel kanser masih wujud dalam badan. Cuma, sekarang, s4kit saya tidak seteruk seperti awal-awal dahulu.

“Alhamdulillah, tahap kesihatan saya sekarang biasa sahaja. Kadang-kadang saya s4kit, ada kalanya tidak. Ada juga masanya saya penat, seperti mahu ke tandas pun saya letih. Bagaimanapun, semuanya baik-baik sahaja sekarang,” katanya kepada BH Online.

Elyana mengaku sudah lebih setahun tidak berjumpa doktor mahupun pergi membuat pemeriksaan di h0spital. Kali terakhir dia ke h0spital bagi menjalani raw4tan radi0terapi dan keadaan itu menyebabkan dia tidak boleh berjalan.

“Kali terakhir saya ke h0spital adalah awal tahun lalu untuk menjalani raw4tan rad0terapi selepas sel k4nser menyer4ng tulang belakang.

“Keadaan itu menyebabkan saya tidak boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Sejak itu, saya belum lagi ke h0spital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Meskipun kesihatannya tidak begitu baik, namun Elyana berkata dia masih mampu menunaikan kewajiban ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.

“Alhamdulillah, saya masih larat berpuasa memandangkan saya juga tidak perlu memakan ub4t mengikut masa tertentu.

“Anak saya, Cinta Sumayyah yang berusia sembilan tahun pun berpuasa penuh. Jadi, malulah kalau saya tidak berpuasa,” katanya lagi.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : ROTIKAYA/Media Viral

Be the first to comment on "Bert4rung Melawan K4nser, Elyana Masih Mampu Berpuasa Walaupun Kesihatan Macamni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*