Seorang lelaki tergamak mengurung isterinya di dalam bilik utama rumah mereka dekat setiap kali dia keluar bekerja. Menurut Harian Metro, lelaki tersebut turut tidak memberi makan dan meng4sari isterinya itu sejak empat tahun lalu.
Pasangan ini berkahwin ketika si isteri berusia 13 tahun namun difahamkan, lelaki itu merahsiakan perkahwinan mereka daripada jiran-jiran.
Disebabkan itu, tiada seorang jiran pun yang sedar dengan kewujudan isterinya di rumah sewa mereka dekat kampung tersebut. Pend3ritaan remaja itu yang kini berusia 17 tahun berakhir pada Sabtu lepas apabila dia berjaya melarikan diri ketika suaminya keluar rumah.
Dia kemudian terus meminta bantuan penduduk setempat yang terkejut melihat keadaannya ketika itu. Ketua kampung dan desa tersebut, Saban berkata, ketika ditemui, remaja terbabit tidak terurus, puc4t, berbau dan badannya c3dera.
Kata m4ngsa, dia akan dikurung dalam bilik utama yang mempunyai tandas dan tidak akan diberi makan setiap kali suaminya keluar bekerja. Selain itu, dia juga sering didera kerana alasan remeh antaranya adalah tidak pandai memasak.
Bau (badannya) busuk sampaikan penduduk hendak muntah dan matanya lebam bekas pvkulan serta badannya kurus dan puc4t. Saya tidak pernah tahu kewujudan wanita di dalam rumah sewa lelaki itu kerana dia memberitahu belum berkahwin.
Lelaki itu melarikan diri selepas rahsianya terbongkar. Kami tidak sangka kerana lelaki itu seorang yang baik dan rajin bekerja.”
Keluarga m4ngsa kemudian membuat laporan polis dengan serta merta dan Ketua Polis serta pegawainya berjaya mengesahkan pihaknya telah jaya menahan lelaki terbabit.
Terdahulu, dalam k3syang berasingan suatu ketika dahulu, (kalau korang masih ingat) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius k3sperkahwinan bawah umur melib4tkan budak perempuan berumur 11 tahun di Kelantan.
Kementerian itu dalam kenyataan pada Sabtu berkata siasatan awal mendapati pendaftaran perkahwinan itu merupakan perkahwinan yang dimohon oleh pasangan dan anggota keluarga tanpa unsur paksaan dan dibuat secara sukarela.
Namun, ia menjelaskan bahawa jika seorang budak perempuan berumur bawah 16 tahun dinikahkan tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Hakim m4hkamah Syariah, ia merupakan tindakan yang menyalahi peruntukan Seksyen 40 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan.
“Semasa kenyataan ini dibuat, tiada sebarang rekod sama ada di m4hkamah ataupun Pejabat Agama Gua Musang yang membenarkan perkahwinan itu,” kata KPWKM.
Individu terbabit boleh dihvkum d3nda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Menurut KPWKM, Undang-undang Syariah di negeri lain juga mempunyai peruntukan yang sama mengenai umur minimum bagi perkahwinan.
Kisah perkahwinan budak perempuan berusia 11 tahun dengan seorang lelaki 41 tahun yang tersebar di media sosial sejak Jumaat telah mengundang reaksi banyak pihak.
KPWKM berkata siasatan awal pegawai pelindung dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan mendapati perkahwinan itu dijalankan di Golok, Thailand dan ibu bapa kanak-kanak itu juga merupakan warganegara Thailand.
“Persetujuan antara ibu bapa budak itu dan suaminya adalah supaya budak itu hanya tinggal bersama suami setelah dia mencapai umur 16 tahun,” kata KPWKM.
Dalam pada itu, KPWKM berkata bagi meneliti dan menangani 1su perkahwinan bawah umur, Majlis Kebangsaan Kanak-Kanak menubuhkan satu pasukan petugas terdiri daripada agensi kerajaan yang berkaitan, ahli akademik dan aktivis kanak-kanak.
Antara perkara yang dicadangkan ialah mensyaratkan penyediaan dua jenis laporan iaitu laporan kesihatan oleh doktor perub4tan (psikologi) dan laporan sosial oleh pegawai pelindung untuk mendapatkan kelulusan perkahwinan bawah umur.
Laporan itu mungkin dapat membantu hakim syarie (untuk k3sorang Islam) serta ketua adat dan ketua menteri/menteri nesar/menteri Wilayah Persekutuan (untuk k3sorang bukan Islam) membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum memberi kelulusan.
“KPWKM mengambil pendirian bahawa budak itu perlu diberi peluang untuk mengembangkan potensi mereka sepenuhnya,” katanya.
Perkahwinan bawah umur akan memberi cabaran yang meliputi tekanan daripada segi fizikal dan m3ntal yang merangkumi pelbagai aspek seperti kesihatan, pendidikan, dan kewangan terhadap seorang kanak-kanak.
“Membenarkan kanak-kanak berkahwin tanpa asas yang kukuh bermakna meletakkan beban dan tanggungjawab berat sebagai suami isteri atau ibu bapa atas bahu mereka.
“Jika mereka belum bersedia dengan tanggungjawab berat ini, dikhuatiri ia membuka lebih ruang berlaku percer4ian pada usia muda dan masalah sosial yang lain,” kata KPWKM.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !
Sumber: laman maya/Kisah Benar
Be the first to comment on "4 Tahun Kurvng Isteri Di sebabkan Tak Pandai Masak, Paling Tak Sangka Isterinya Baru Berumur 13 Tahun"