Ardell Menangis, Terlalu Risau Fikir Tentang Bers4lin Tak Sangka Ini Sebabnya

Bagi wanita yang kali pertama mengandung, sudah tentu bermacam perkara difikirkan. Mereka juga asyik berfikir pelbagai kerisauan yang bakal dihadapi termasuk kesaki1tan ketika bersali1n. Tambahan pula, mereka yang bakal melahirkan anak pada bulan Ramadan ini.

Begitulah kebimbangan yang sama dihadapi pelakon Ardell Aryana. Dia dikatakan bakal melahirkan cahaya mata dalam masa terdekat iaitu bulan Ramadan. Kebimbangannya itu turut mendapat perhatian isteri kepada Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir dan pelakon Ramona Zam Zam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bismillah Good Morning 🎈, Honestly… im so scared to give birth 🤰🏻. And ya during my pregnancy journey , i keep on thinking thinking and thinking 💭 and end up air mata tumpah sendiri nangis ( Ceh ! ) 🤭, macam- macam la bermain di otak .Antara salah satu nya , Macam mana kalau tiba2 terberanak kat dalam kereta / air ketuban tiba2 pecah sendiri ? Pastu macam mana agak nya suasana ( masuk labour room nanti ) macam mana rasa sakit saat tu ??🤯 . Kalau semua ibu-ibu tak kisah , boleh share pengalaman bersalin ? Sebab lain orang lain pengalaman nya ( mata ni rajin nak membaca pagi ni ) sambil tangan mengait 1st batch yang oder topi baby 🙂 . Sharing dari anda mungkin , Boleh hilang sikit gundah gulana hati ni ( biasa lah time hujung2 ni la emosi pasang surut ) 🤣kadang gelak, kadang nangis, kadang marah, kadang pengsan , kadang malas melampau , kadang asik nak tidur je .. macam2 kadang-kadang yang terjadi 📝 .

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

Ardell menerusi posting di laman Instagram meluahkan rasa kerisauan untuk melahirkan anak tidak lama lagi. Macam-macam perkara yang difikirkannya termasuk terberanak di dalam kereta, air ketuban terpec4h sendiri, dan suasana di dalam labour room.

Pelakon wanita ini juga meminta tips dan perkongsian pengalaman dari pengikutnya yang pernah alami detik-detik pertama kali mengandung.

Bagaimanapun, kerisauan Ardell itu turut mendapat respon daripada Deena Emir. Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan yang pernah bersalin ketika di bulan Ramadan tahun lalu turut berkongsi beberapa tips.

Paling penting untuk para ibu adalah belajar teknik pernafasan yang betul. Selain itu, jangan tengok video yang ada kaitan dengan proses bersalin kerana berpotensi undang ketakutan dalam diri anda.

Kesakitan semasa bersalin perlu diakui. Malah, dia turut memberi tips posisi supaya ibu bersalin tidak mengangkat bahagian punggung dan ‘push’ sekuat hati.

Sementara itu, pelakon Ramona Zam Zam turut memberi tips dan kata-kata semangat buat Ardell. Ramona menasihati untuk semua para ibu bertenang apabila menghadapi situasi ini buat kali pertama. Setiap dari kita akan melalui pengalaman yang berbeza.

Malah, kehadiran suami disisi semasa di dalam labour room amat membantu. Tujuan si suami di situ akan cuba tenangkan isterinya bertarung nyawa melah1irkan anak.

Apa-apapun, kita mendoakan agar Ardell selamat melahirkan cahaya mata pertama tidak lama lagi.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber: OHBULAN

Be the first to comment on "Ardell Menangis, Terlalu Risau Fikir Tentang Bers4lin Tak Sangka Ini Sebabnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*