“Comelnya Nampak Baby Bump” – Keluar Beli Barang Keperluan, Netizen Pesan Fazura Jaga Diri

Pelakon jelita Nur Fazura mencuri perhatian wargamaya apabila keluar buat pertama kalinya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk membeli barangan keperluan. 

Menerusi laman sosial Instagram, Fazura memuat naik foto tersebut untuk tatapan umum. 

“Chak! Ada ni, baru keluar rumah setelah sekian lama. Beli barang dapur kejap terus laju-laju nak balik rumah.  “Masih tak berani dan tak mahu berada kat luar tu lama-lama. Berbuka apa kita hari ni?” tulis Fazura sebagai kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Chak!!! Ada ni… baru keluar rumah setelah sekian lama. Beli barang dapur kejap terus laju-laju nak balik rumah. Masih tak berani dan tak mahu nak berada kat luar tu lama lama. Berbuka apa kita hari ni? Kami makan Nasi Minyak dari @dcengkih_ttdi 😍 #StayHome #StaySafe and Lots of Love! 💖✨

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Menerusi foto tersebut, Fazura tampil ayu mengenakan tudung hitam dan tetap menjaga keselamatannya dengan memakai topeng muka. 

Hasil tinjauan Gempak di ruang komen, rata-rata rakan selebriti dan pegikut teruja melihat perut Fazura yang kini hamil empat bulan. 

Malah, ramai yang meminta aktres itu untuk menjaga kesihatan dan keselamatan diri serta bayi di dalam kandungan. 

“Jangan keluar lama-lama mummy, stay safe ya,” pesan seorang wargamaya.

“Dah nampak baby bump! Semoga ibu dan baby sihat-sihat sahaja,” doa seorang wargamaya.

“Faz jangan angkat barang berat-berat ya. Take care,” tegur seorang wargamaya.

“Cantiknya ibu mengandung sorang ni. Makin berseri-seri. Jaga diri mommy dan daddy Fattah,” komen seorang wargamaya lagi. 

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 200,000 tanda suka daripada warga Instagram. 

Pada April lalu, Fazura mengumumkan dirinya hamil empat bulan setelah dua tahun melayari perkahwinan bersama suami aktor Fattah Amin.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 pada satu majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu kota. 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : GEMPAK/Media Kini

Be the first to comment on "“Comelnya Nampak Baby Bump” – Keluar Beli Barang Keperluan, Netizen Pesan Fazura Jaga Diri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*