Ebit Lew Tolong Keluarga Miskin Pindah Rumah Baru. Sekali Pelakon Emelda Datang Komen

” Ustaz sepatutnya dilantik menjadi menteri..paling tidak pegang jawatan sebagai pengarah pusat zakat..baru laju wat keje”

Demikian komen segelintir warganet yang memuji usaha pend4kwah popular Ustaz Ebit Lew dalam membantu golongan miskin.

Tiada siapa boleh nafikan, cara Ustaz Ebit Lew dalam melakukan kerja kebajikan begitu mendapat tempat di hati masyarakat.

Tak banyak songeh, tak banyak soal, tak ada prosedur..misi Ebit Lew adalah datang dan bantu.

Mungkin cara ini akan membuatkan sesetengah pihak rasa tergugat kerana kedatangan Ebit Lew pastinya akan memberi peluang sesetengah individu untuk mengkritik pejabat zakat dan lain-lain.

Sebagaimana 2 hari lalu seorang individu mempersoalkan tindakan Ebit Lew yang menurutnya tiada adab kerana main terjah, tanpa merujuk penduduk setempat dan pihak berkuasa tempatan.

Namun berdasarkan penjelasan Ebit Lew, beliau tetap akan merujuk pusat zakat dan pentadbir negeri terlebih dahulu dan memohon kebenaran.

Terbaru, ‘posting’ Ustaz Ebit Lew di negeri Pahang membuka mata ramai, betapa masih banyak keluarga yang hidup dalam keadaan serba dhaif.

Berikut perkongsian Ebit Lew;

” Jom lap air mata. Syukur selesai lagi satu rumah. Jom balik kl. Saya lahir dan membesar di Pahang. kvbur arw4h mak pun dekat Pahang.

” Dulu sempat sekolah di SMART Kuantan ini. Banyak belajar disini. Saya sayang Pahang. Keluarga ayah saya dari Johor kluang. Ramai keluarga di Johor.

” Jom balik kl. Rindu keluarga. Comel adik tu. Yang abang tu diuji down sindrom. Cukuplah senyuman baby tu buat hati ini happy sangat. Yang abang tu baru lepas accident teruk. Saya tengok kesihatan mereka. Kasihan mereka.

” Saya bayar sewa rumah ini bulan-bulan dan lain-lain. Saya hadiahkan katil dan tilam. Kakak ini menangis jer. Saya beri sedikit duit belanja.

” Keluarga ini rajin buat cod makanan. Sedap-sedap makanan mereka. Nanti beli yer.

” Semoga dimudahkan Allah yer kak. Abaikanlah apa orang cakap. Saya dulu susah. Tak semua orang boleh faham

” Terima kaseh kerajaan Negeri Pahang. Terima kaseh Yb. Terima kaseh JKM. Terima kaseh zakat. Terima kaseh Penghulu dan tok empat. Terima kaseh semua. I love u all. Takecare

” InsyaAllah komitmen saya di Pahang ada 5 rumah. 4hari disamping hantar 1000 set bekalan dapur dan klinik-klinik.

” Saya akan bayar sewa rumah, air elektrik mungkin 20 tahun atau 30 tahun lagi panjang umur. Ada beberapa anak mereka saya akan hantar tahfiz atau madrasah disana selepas pkp. .

” Minta maaf pada semua yer. Salam hormat dan sayang. Allah sayang -ebitlew

Emelda komen 

Sementara itu perkongsian Ustaz Ebit Lew itu mendapat reaksi beberapa selebriti termasuk pelakon Emelda Rosmila.

Emelda yang juga isteri kepada pelakon dan penggiat teater Adlin Aman Ramli, berkata, beliau kagum dengan kemurahan hati Ustaz Ebit Lew yang menurutnya satu dalam seribu.

” Ya Allahh hebatnyaaa ustaz Ebit Lew, itu baru dimata manusia, belum lagi disisi Allah swt. Kami doakan ustaz sihat dan panjang umur, boleh terus buat kebajikan. satu dalam seribu.” tulis Emelda

Seorang lagi pelakon dan penyanyi Ifa Raziah turut memuji Ustaz Ebit Lew, “Terbaik Ustaz”, tulisnya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Limau Ais

Be the first to comment on "Ebit Lew Tolong Keluarga Miskin Pindah Rumah Baru. Sekali Pelakon Emelda Datang Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*