“Jangan Kisah Apa Orang Kata, Buat Apa Yang Buat Awak Gembira” – Eina Azman Terjebak TikTok, Netizen Sokong

Pelakon Datin Eina Azman akhirnya terjebak membuka akaun TikTok untuk tujuan suka-suka. 

Menerusi laman sosial Instagram, Eina berkongsi video TikTok pertamanya untuk tatapan umum. 

“Testing, testing. Hehe secara tak sengaja terjebak pulak dengan TikTok. Video ni for fun je. Korang jangan la kec4m tau,” tulis Eina sebagai kapsyen. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Testing testing! Hehe secara tak sengaja, terjebak pulak dgn tiktok 😁 Video ni just for fun je. Korang jangan la kecam tauuuu 🙈😘 #Tiktok: einaazman13

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on

Menerusi akaun TikTok einaazman13, Eina tampil menari lagu You Memang Sangat Cute sambil mengenakan tudung berwarna merah jambu. 

Hasil tinjauan Gempak di ruang komen, rata-rata pengikut menyokong tindakan Eina membuka akaun TikTok dan terhibur dengan aksinya. 

Malah, ramai yang turut memuji penampilan bertudung Eina dan berharap imej tersebut berkekalan. 

“Buat je apa yang you gembira dan selesa. Jangan kisah sangat apa yang orang akan cakap. Tak kurang beras di rumah,” pesan seorang wargamaya.

“Selamat datang ke dunia TikTok,” kata seorang wargamaya.

“Haha walaupun lambat lagu dengan mulut, tapi aku tak menyampah langsung tengok. Comel je!” puji seorang wargamaya.

“You nampak selesa pakai tudung. Dan you nampak cantik juga. Semoga berkekalan,” kata seorang wargamaya.

Sekadar info, Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos 2014.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang anak kembar, Karl Kareed dan Arianna Aubrey pada 19 Februari 2016.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Jangan Kisah Apa Orang Kata, Buat Apa Yang Buat Awak Gembira” – Eina Azman Terjebak TikTok, Netizen Sokong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*