Kerjaan PH Jatuh. Sharifah Amani mula bersuara

KUALA LUMPUR – Tarikh 9 Mei 2018 menyaksikan perubahan bersejarah tampuk pimpinan negara apabila parti pembangkang, Pakatan Harapan (PH) berjaya menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berkuasa lebih 60 tahun.

Namun tidak sampai dua tahun kemudian, kerajaan PH pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula tumbang pada hujung Februari lalu yang diganti Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Walaupun kini PH kembali menjadi pembangkang dan BN pula berkuasa semula melalui gabungan parti, namun pelakon Sharifah Amani tetap mengenang tarikh Pilihan Raya Umum-14 yang disifatkannya sebagai kemenangan rakyat.

“Ia masih hari kita! Kita telah membuat sejarah selepas 61 tahun pada hari itu. Saya tetap percaya bahawa rakyat yang berkuasa.

“Semoga mandat rakyat dikembalikan kepada kita”

“Selamat hari rakyat semua,” katanya yang terkenal melalui lakonan dalam filem Sepet dan Gubra arahan Yasmin Ahmad.

Ciapan Sharifah dibalas sarjana sastera dan penulis Faisal Tehrani, berkata: “Ya! Seniman waras seniman bersikap!”

Kerajaan PH rvntuh pada akhir Februari setelah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar dari gabungan itu dan bergabung bersama sekumpulan Ahli Parlime PKR yang berpaling tadah diketuai oleh bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mahathir dan Anwar sekali lagi bergabung. Ini permintaan mereka

KUALA LUMPUR: Dua tokoh besar politik negara, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai kata sepakat menolak perbezaan, sengketa dan kemelut demi rakyat.

Dalam satu kenyataan bersama Mahathir dan Anwar menegaskan bahawa dua tahun lalu mereka berdua tidak berputus asa membawa suara rakyat.

“Kami sudah berusia, masa kami sudah tidak lama. Namun semangat perjuangan kami masih marak dalam jiwa setiap anak muda yang mengimpikan reformasi.

“Masanya telah tiba untuk kita bangkit semula dan berusaha mengembalikan mandat rakyat ke pihak yang sepatutnya,” kata Ahli Parlimen Langkawi dan Port Dickson itu dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Harapan.

Kedua-dua pemimpin itu turut menegaskan mereka tidak mengiktiraf kerajaan yang ada hari ini kerana ia ditubuhkan tanpa mendapat mandat rakyat.

Hujah mereka, kerajaan Perikatan Nasional yang ditubuhkan secara rundingan itu tidak diperolehi secara sah menurut kertas undi di dalam pilihanraya.

“Kami tidak sanggup untuk menggadaikan moral dan etika kami untuk menyokong kerajaan hari ini,” kata keduanya.

Mahathir dan Anwar turut mengimbau ketika 22 bulan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara dengan mend4kwa telah melakukan reformasi dan institusi.

Mereka berdua turut mend4kwa ketika pemerintahannya, PH memastikan demokrasi itu subur dan salah satunya ialah kebebasan bersuara yang tidak pernah rakyat miliki sebelum ini.

“Jika rakyat bersuara, wakil rakyat harus sahut dan tiada seorang pun dihalang bersuara dengan alasan ‘tindakan undang-undang’.

“Kebebasan bersuara: itu antara hadiah paling besar buat negara 2 tahun yang lalu. Rakyat sedar, bahawa tanggungjawab mentadbir negara ini adalah tanggungjawab bersama dan Ahli Parlimen hanyalah sekadar wadah yang membawa suara rakyat,” jelas Mahathir dan Anwar.

Namun jelas Mahathir dan Anwar, mandat yang diberikan rakyat kepada Pakatan Harapan akhirnya dijatuhkan pada Februari lalu tatkala w4bak C0v1d-19 mula melanda negara.

“Kerajaan hari ini sanggup berbuat apa sahaja untuk mengumpul kuasa. Jawatan besar mula diagih, kuasa dan pangkat terus ditagih,” katanya keduanya.

Mahathir dan Anwar juga mengingatkan bahawa tarikh 9 Mei harus diingat sebagai tarikh keramat mengangkat nasib dan masa hadapan rakyat serta melawan ketidakadilan dalam negera.

“9 Mei 2018 bukanlah satu peristiwa untuk memperingati penyatuan Mahathir atau Anwar,” tegas dua pemimpin

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : MV/Media Viral

Be the first to comment on "Kerjaan PH Jatuh. Sharifah Amani mula bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*