Anggota KKM sanggup gendong auntie Cina yang uzvr untuk jalani saringan, Dr Noor Hisham luah rasa bangga di FB milik sendiri

Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham menarik perhatian wargamaya apabila berkongsi foto anggotanya mengendong seorang makcik cina yang uzvr untuk menjalani ujian saringan C0v1d-19.

Menerusi laman sosial Facebook, Dr. Noor Hisham memuat naik foto tersebut dengan penuh rasa kagum dan bangga.

“Melayan setiap kehidupan tanpa mengira sempadan agama dan bangsa. Inspektor kesihatan kami, Shahir Razali mengendong seorang makcik cina yang uzvr ke pusat pemeriksaan C0v1d-19.

‪Treating human life delicately without racial or religious boundaries. Our health inspector Shahir Razali carrying…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Saturday, May 9, 2020

“Berpuasa di bulan Ramadan dan berkhidmat sambil mengenakan baju PPE, andalah hero yang sebenar Shahir Razak dan Mastura Maznor. Anda betul-betul melambangkan slogan Kementerian Kesihatan, “Kami Sedia Berkhidmat”. Sangat bangga dengan anda berdua, terima kasih,” tulisnya sebagai kapsyen.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata memuji khidmat bakti dua inspektor kesihatan itu. Warganet turut meninggalkan pelbagai kata-kata positif serta mengakui mereka berdua layak diberi pengiktirafan.

“Saya menangis bila melihat foto ni. Dengan puasa lagi, panas.. memang rakyat Malaysia semulia ini,” netizen.

“Terima kasih Dr. Noor Hisham dan semua frontliners serta petugas kesihatan. Semoga Tuhan membalas jasa baik kalian,” netizen.

“Alhamdulilah,inspirasi kebaikan. Selayaknya diberikan pengiktirafan,” puji netizen.

Sehingga kini, hantaran Dr. Noor Hisham itu telah mendapat hampir 35,000 tanda suka dan 2,500 perkongsian daripada warga Facebook.

Kepada inspektor kesihatan Shahir Razak dan Mastura Maznor, anda berdua memang hero. Kami admin Oh Kisah  Benar sentiasa mendoakan kesejahteraan frontliner dan individu yang bertugas ketika penul4ran w4bak C0v1d-19.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber: Gempak/Kisah Benar

Be the first to comment on "Anggota KKM sanggup gendong auntie Cina yang uzvr untuk jalani saringan, Dr Noor Hisham luah rasa bangga di FB milik sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*