Ramai kata Badul dan Adlin tak peduli Amran Tompel?

ANAK pelakon dan pelawak, Amran Tompel iaitu Shafiq dan Haris meluahkan rasa kesal apabila kisah ayah mereka yang tular kerana s4kit angin ahmar disensasikan sehingga mengundang persepsi buruk masyarakat terhadap pelbagai pihak.

Menerusi video rakaman Persatuan Seniman ketika hadir menghulurkan bantuan baru-baru ini, Shafiq dan Haris mengakui banyak cerita tidak benar disebarkan dan mahu 1su ini segera ditamatkan.

“Kami berterima kasih kepada Persatuan Seniman yang melawat ayah. Selama ini pun Seniman banyak tolong ayah.

“Bukan Seniman sahaja tapi banyak persatuan yang masih prihatin dan masih banyak bantu kami sekeluarga.

“Kami nak jelaskan persepsi orang yang kata ayah terlantar setahun lebih, lumpvh dan tiada siapa peduli adalah tak benar,” kata mereka.

Menurut Shafiq, perkara ini berlaku kerana terdapat blog dan portal hiburan yang berkongsi cerita dan meletakkan tajuk yang tidak benar.

“Saya tak faham kerana sebagai portal yang popular dan ramai pengikut, sepatutnya jadikan contoh cari benda yang lengkap dan jangan cari 1su yang tak jelas kemudian kongsi.

“Apabila kongsi, jadilah perkara bukan-bukan sehinggakan terkeluar 1su mana anak-anak dan adik beradiknya tak bantu. Itu yang jadi 1su besar.

“Ayah hanya tularkan berkenaan s4kitnya untuk orang ikhlas nak bantu hulurkan sumbangan. Sebelum ia tular, ada juga persatuan yang datang termasuk Seniman,” katanya.

Shafiq berkata, dia amat terkejut apabila ada pihak menudvh mereka tidak mempedulikan ayah mereka.

“Kalau anak-anak tiada, tempatnya bukan atas tilam ini tapi ditepi jalan tak berbaju.

“Nampak ada silap di situ. Harapnya jelas apa yang kami ceritakan,” katanya.

Haris pula menolak d4kwaan bahawa adik beradik ayahnya iaitu pelakon AR Badul dan Adlin Aman Ramlie tidak datang menjenguk Amran.

“Terima kasih kepada adik beradik ayah, Badul, Adlin kerana datang ziarah di h0spital.

“Cuma kami tak tunjuk bvkti kepada semua orang dan mereka tak tahu. Memang susah nak dijelaskan.

“Tapi mereka memang ada datang semasa di h0spital,” katanya.

Sementara itu Shafiq berharap, dengan penjelasan dibuat, tiada lagi 1su memburukkan mana-mana pihak dibangkitkan lagi.

“Takkan nak kena tunjuk semua orang yang membantu ayah.

“Ceritanya ditularkan untuk dapat bantuan. Tapi komen yang diterima semua ke arah lain pula. Saya memang kesal dengan perkara ini,” katanya.

Amran Tompel, 70, atau nama sebenarnya Amran Aman Ramlie

kini terlantar di rumah sewa anaknya di Taman Matahari Height Senawang, Seremban, sejak lebih sebulan lalu.

Beliau yang pernah mewarnai industri lakonan tanah air sekitar 1990-an sehingga 2014, sebelum ini pernah beberapa kali diserang angin ahmar sebelum diserang kali kedua sejak peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : HM/Oh MyMedia

Be the first to comment on "Ramai kata Badul dan Adlin tak peduli Amran Tompel?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*