DALAM tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, digalakkan untuk seisi keluarga menunaikan ibadah secara berjemaah di rumah memandangkan surau dan masjid tidak dibenarkan beroperasi bagi membendung penul4ran C0v1d-19.
Namun, sejak kebelakangan ini tular beberapa video yang menunjukkan solat jemaah terhenti disebabkan beberapa perkara yang berlaku sekali gus menyebabkan solat terbatal.
Pada Khamis lalu, seorang pend4kwah, Nik Nizam Nasir menerusi perkongsian di Facebook peribadinya tampil memberi teguran kepada individu yang memuatnaik video tersebut kepada orang ramai untuk tujuan viral.
Menurutnya, adalah menjadi satu kesalahan yang besar dalam solat apabila kita menjadikannya sebagai bahan jenaka.
“Walaupun tujuan asal kita bukan nak mempersendakan agama tetapi orang lain yang menonton itu beranggapan ia sebagai bahan jenaka.
“Masalah menjadi semakin besar apabila semakin ramai share dan ketawa dengan ‘jenaka’ tersebut.
Perkongsian Nik Nizam Nasir mendapat perhatian netizen.
“Allah berfirman, jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah dengan al-Quran supaya tiap-tiap diri tidak terjerumus dengan sebab apa yang ia usahakan,” ujar Ustaz Nik Nizam menerusi perkongsian di Facebook.
Tambahnya lagi, terdapat beberapa perkara yang boleh dianggap sebagai perbuatan yang mempersendakan agama.
“Ia boleh berlaku sama ada melalui lisan ataupun perbuatan terutamanya menjadikan solat sebagai satu bahan jenaka.
Ayat tersebut jelas menyatakan haram hukumnya jika kita sengaja membatalkan solat tanpa ada alasan kukuh.
NIK NIZAM NASIR
PENd4kwaH
“Perbuatan ini seolah-olah kita memperkecilkan tuntutan agama,” jelasnya.
Dalam pada itu, dia juga mengemukakan dalil yang menunjukkan adalah haram untuk memberhentikan solat tanpa ada uzvr syarie.
“Allah berfirman, wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan janganlah kamu membatalkan amalan-amalan kamu.
Antara komen netizen.
“Ayat tersebut jelas menyatakan haram hukumnya jika kita sengaja membatalkan solat tanpa ada alasan kukuh.
“Antara uzur syarie adalah takut kehilangan nyawa seperti diancam musvh atau bin4tangbuas, takut kehilangan harta, dan ada menyelamatkan nyawa yang berada di dalam bahaya,” beritahunya lagi.
Posting yang dimuat naik oleh Nik Nizam Nasir pada Khamis lalu sehingga kini telah menerima sebanyak 852 perkongsian dan 729 tanda suka daripada netizen.
“Setuju… banyak benda lain boleh dibuat bahan ketawa. Jangan terlalu jahil sampai ibadah pun dibuat bahan lucu,” tulis seorang pengguna Facebook.
“Dah jadi trend sekarang solat nak kena rakam… lepas tu share di media sosial,” ujar seorang wanita.
“Saya ada dua anak kecil yang buas, jadi saya dan suami ambil pendekatan untuk solat bergilir-gilir sebab nak jaga anak,” tambah netizen lain.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !
Sumber : Mstar
Be the first to comment on "Teguran buat mereka yang rakam kejadian lucu masa solat kemudian viralkan – “Seolah-olah kita perkecilkan tuntutan agama”"