KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengisytiharkan hartanya sebagai sebahagian s1asatan ke atas wang tunai kira-kira RM250,000 yang hilang di rumahnya.
Sumber berkata, arahan itu dibuat ketika agensi anti-rasuah itu menyiasat k3sberkenaan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM berkaitan rasuah.
“Kami memberi beliau masa untuk mengemukakan butiran kerana negara kini di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat,” kata sumber kepada FMT.
Katanya, ini turut menjejaskan usaha SPRM untuk mendapatkan maklumat dari bank kerana pegawai terpaksa bekerja dari rumah.
Setakat ini, katanya, keterangan sudah diambil daripada 3 lagi individu yang ada kaitan dengan bekas menteri belia dan sukan itu.
“Kami boleh melengkapkan siasatan secepat mungkin.”
Bulan lalu, Syed Sadiq dan 2 yang lain dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
Syed Saddiq diminta menyerahkan dokumen bank untuk membantu s1asatan itu.
SPRM melancarkan siasatan susulan aduan berkaitan kehilangan wang tunai milik ahli Parlimen Muar itu.
Beliau membuat laporan p0lis pada 29 Mac lalu, mend4kwa wang itu disimpan dalam peti keselamatan di rumahnya.
Katanya, hanya beberapa orang tahu kod peti keselamatan itu yang kali terakhir dibukanya pada 13 atau 14 Mac lalu.
Beliau enggan menjawab spekulasi berhubung insiden itu, termasuk laporan media yang wang itu milik PPBM.
Syed Saddiq sudah beri keterangan
DALAM pada itu, Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan sudah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung kehilangan wang tunai RM250,000 di kediamannya.
Menurut sumber, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dipanggil memberi keterangan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama.
“SPRM kini sedang menjalankan s1asatan sama ada terdapat unsur rasuah membabitkan beliau.
“Setakat ini, beliau (Syed Saddiq) sudah dipanggil memberi keterangan baru-baru ini ketika PKP fasa pertama.
“Siasatan sedang dijalankan dan mengenai d4kwaan sebuah portal mengenai SPRM meminta Syed Saddiq mengisytiharkan aset dan harta setakat ini kita tidak dapat mengulasnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi pula mengesahkan siasatan k3situ namun enggan mengulas lanjut.
Harian Metro sebelum ini melaporkan wang yang hilang di rumah Ahli Parlimen Muar di Petaling Jaya pada 29 Mac lalu adalah wang peribadi milik beliau dan ibu bapanya.
Syed Saddiq mend4kwa, wang itu sebahagian besar untuk pengubahsuaian rumah dan bagi tujuan peribadi.
SPRM juga sebelum ini dalam satu kenyataan berkata, kertas s1asatan berkenaan dibuka susulan aduan berhubung pemilikan wang itu.
“SPRM menerima aduan berhubung pemilikan sejumlah besar wang tunai yang meragukan dipercayai milik seorang bekas menteri seperti dilaporkan oleh media.
“Siasatan terhadap aduan itu akan dibuat mengikut Akta SPRM 2009,” katanya.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !
Sumber: FMT, Harian Metro/Hiburan All HMT
Be the first to comment on "Isu s1asatan hilang RM250k di rumah, SPRM arahkan Syed Saddiq isytihar harta"