” Siapa yang hantar bunga ni?? Ya Allah cantiknya gubahan. Bunga apa yang mcm kobis ni??
” Tak tahu siapa yang hantar. tak ada nama.. allhamdulillah dan tq pada pengirim misteri ni yang buat hati cair ni, tapi xtahu pada siapa. Siapakah gerangan?”
Demikian entri dimuatnaik penerbit terkenal, Datuk A Aida di Instagram beliau.
Menurut Aida, beliau menerima 16 jambak bunga daripada pengirim misteri sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-50 pada 20 April lalu.
Aida berkata, walaupun sudah 22 hari berlalu, dia masih lagi mendapat kiriman bunga sehingga hari ini.
” Alhamdulillah, saya berterima kasih pada semua yang menghantar kek, hadiah dan bunga.
” Kali ini saya pelik sebab banyak bunga tanpa nama pengirim yang saya anggap pengirim misteri. Daripada 30 jambak bunga yang diterima, 16 tidak ada nama pengirim.
” 80 peratus adalah bunga mawar. Selain itu ada bunga tulip dan daisy. Pening kepala juga fikir siapa pengirim. Sampai sekarang tak tahu siapa,” katanya kepada Harian Metro.
Mungkin abang sado yang kirim
Bagaimanapun, Aida tidak menolak sekiranya bunga itu dikirim daripada lelaki misteri berbadan ‘sado’ yang ingin berkenalan dengannya.
” Ramai yang tahu hati saya ini cepat cair kalau lelaki tu ‘sado’. Jadi, rasanya pengirim misteri itu mesti ‘sado’ semuanya.
” Alhamdulillah, masih menjadi rebutan. Sebab itu kena jaga badan dan penampilan. Biar kalah anak dara,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Aida bersyukur apabila drama terbitan syarikatnya, Di Hujung Ranting yang sedang ditayangkan di TV2 menjadi trending di Twitter.
” Terima kasih kepada semua penonton yang sentiasa menyokong karya terbitan saya. Drama ini memang sesuai untuk tontonan semua.
” Saya mendapat banyak maklum balas dan komen positif mengenai drama ini. Selain jalan cerita, saya beruntung apabila drama ini menampilkan barisan pelakon hebat,” katanya.
Drama 30 episod yang ditayangkan sepanjang Ramadan ini dilakonkan oleh Nad Zainal, Shukri Yahya, Amar Asyraf, Fazlina Ahmad Daud, Aida Khalida dan ramai lagi.
” Future husband maybe..”
Sementara rata-rata netizen mengusik A. Aida dengan mengatakan itu adalah peminat misteri beliau atau mungkin bakal suaminya.
” Ada yang rindu dari jauh tuu.. Future husband maybe..” tulis Dikna
Bagi yang mungkin tidak tahu, A. Aida merupakan penulis lirik untuk lagu Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip yang tercalon di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34), baru-baru ini.
Pada AJL34 tersebut, beliau membuat kejutan dengan penampilan imej tidak berhijab di mana beliau mengakui sudah membuka tudung sejak beberapa bulan lalu.
Mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali, kesemuanya berakhir dengan percer4ian. Kali terakhir beliau bernikah dengan aktor muda, Ariff Aziz pada 21 Julai 2018 sebelum berpisah pada 25 April 2019.
Salah seorang bekas suaminya adalah vokalis kumpulan Spring, Ameng. Beliau juga mempunyai tiga orang zuriat hasil daripada dua perkahwinan.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !
Sumber : http://limauais.pw/Oh MyMedia
Be the first to comment on "Jadi Rebutan di Usia 50 Tahun, A. Aida Terima Berbelas Jambak Bunga Dari Lelaki Sado Msteri"