Ada Yang Terpaksa Dibuang, Ini Proses Pembersihan Kulat Di Mall Sabah Yang Tumbuh Dekat Kasut Kulit Lepas 2 Bulan PKP

Selepas 2 bulan PKP, banyak kedai-kedai dan peruncitan mula di buka semula, pastinya ia akan memberi kesan kepada peniaga seperti mana yang korang tengok atau dengar dekat media sosial baru-baru ini pasal k3skasut dan beg kulit ada tumbuh kulat kan?

Gambar yang viral tu menimbul bermacam-macam reaksi netizen, tapi sejak ia tersebarnya gambar itu jugalah pihak-pihak mall tersebut telah mengambil langkah untuk membersihkan atau membuang barang yang terjejas.

Malah, pihak mall Metrojaya, di Suria Sabah juga tampil memberikan kenyataan di media sosial mereka mengenai 1su tersebut.

Beberapa video dimuatnaik oleh pihak atasan mall itu menunjukkan langkah-langkah pembersihan dekat tempat terjejas, lebih-lebih lagi  barang-barang display yang tumbuh kulat itu.

Daripada perkongsian WORLD OF BUZZ ini, dapat dilihat unit ventilator  dibersihkan secara menyeluruh untuk memastikan spora tidak terus beredar di udara.

Pihak butik tersebut, Santa Barbara Polo & Racquet Club, juga tampil beri kenyataan bahawa barang jualan yang dah tumbuh banyak kulat di permukaannya itu akan dibuang terus untuk memastikan keselamatan pelanggan.

 

Mereka juga berpendapat bahawa kejadian ini kemungkinan besar disebabkan oleh kombinasi kelembapan, panas, dan spora kulat di udara.

Hurm, kadang-kadang faham juga mungkin ini lah penyebab peniaga jadi runsing jika perniagaan mereka terpaksa ditutup. 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "Ada Yang Terpaksa Dibuang, Ini Proses Pembersihan Kulat Di Mall Sabah Yang Tumbuh Dekat Kasut Kulit Lepas 2 Bulan PKP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*