Pakcik Ini Kerja Kutip Besi, Tapi Musim PKP Semua Tak Dpt Jual. Sekali Ebit Lew Datang Terus Bawak Backhoe

” Kasihan pakcik ni kutip besi. Menangis tengok rumahnya. Kecil sangat. Musim PKP makin penuh besi dan barang terpakai dirumahnya. Semua tak dapat nak jual.”

Demikian coretan perkongsian terbaru pend4kwah Ustaz Ebit Lew yang menarik perhatian ramai.

Kedatangan Ustaz Ebit ke sebuah rumah di sebuah kampung di Kuantan, yang juga negeri kelahiran pend4kwah popular itu menyingkap kisah pilu seorang ayah kepada dua orang anak.

Menurut Ebit Lew, pakcik yang diziarahi itu bekerja sebagai pengutip besi terpakai. Namun disebabkan musim PKP, besi yang dikutip tidak dapat dijual.

Keadaan itu menyebabkan pakcik itu terputus punca pendapatan dan dalam masa sama perlu menyara dua orang anaknya.

Berikut perkongsian Ustaz Ebit Lew;

Rumahnya teruk sangat. Lagi sedih 2 anaknya tak sekolah. Seorang diri besarkan 2 anak.

Tapi dulu muda-muda ada masalah tak daftarkan kedua anaknya. Baik dan hensem anaknya. Sayu melihat anaknya.

Saya beli semua besinya. Katanya dalam beberapa ratus. Saya kata abang ambil rm1 ribu.

Saya nak semua barang ini. Saya bersihkan semuanya panggil backhoe terus. Syukur ada yang boleh datang.

Saya nak bantu hantar dan bayar yuran madrasah anak ini. Ada call madrasah disini yang sudi membantu. Syukur pada Allah. Selepas PKP boleh hantar.

Saya berbincang dengan ketua kampung, pakcik serta jiran bagaimana nak bantu urusan pendaftaran 2 anak abang ini. Abang ini ic biru. Memang orang sini.

Mereka cuba bantu dah lama tapi belum dapat hasil lagi. Kerana ada masalah masa lahir tak urus surat beranak. Tunggu habis PKP.

Kasihan anak-anak itu. Ya Allah tuhanku. Terima kaseh semua pihak yang banyak membantu pakcik ini dan anak-anak selama ini.

Bila saya sebut nak bawa anak tu ke sekolah mereka happy sangat. Serius adik berdua tu baik sangat.

Kasihan mereka tercicir sekian lama. Betul-betul anak tu nak ke sekolah. Jiran dan keluarga pun sah kan anak pakcik tu.

Sayu lak rasa anak ini tiada ic. Tiada surat beranak.

Selepas PKP ingat nak minta bantuan Kerajaan, h0spital, Jabatan Pendaftaran untuk kita bantu anak-anak ini.

Pohon doakan yer. Anak-anak ini macam anak kita juga-ebitlew

Warganet tersentuh hati

Sementara itu menerusi ruangan komen, ternyata ramai warganet tersebut hati dengan perkongsian terbaru Ebit Lew itu.

 Ramai yang tidak dapat membayangkan kehidupan pakcik ini yang terpaksa membanting tulang dan membesarkan anak seorang diri.

Sungguh besar pengorbanan seorang ayah ini.

” Allahuakbar ustaz,dalam Kita tengah lalai masih ada lagi yang susah, terima kasih ustaz kerana banyak membantu orang yang dalam kesusahan, sungguh mulia ustaz di sisi Allah” komen Pajie

” Ya Allah ustazzz saya yg baca ni pon berasa terima kasih sangat-sangat sbb bantu pakcik dan anak dia. Moga ustaz diberi ganjaran syurga kelak..aamiin” komen Aima.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Limau Ais

Be the first to comment on "Pakcik Ini Kerja Kutip Besi, Tapi Musim PKP Semua Tak Dpt Jual. Sekali Ebit Lew Datang Terus Bawak Backhoe"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*