“Kesiannya..” Gaya Adik Naura ‘Neelofa Cilik’ Dengan Solekan Und4ng Krit1kan Netizen

Adik Naura atau nama sebenarnya Che Naura Auni Che Fadhlullah pernah tular sebagai kembar kepada selebriti terkenal, Neelofa sebelum ini.

Kisah wajah adik Naura dan Neelofa ini mendapat perhatian luar biasa apabila gaya dan rupa mereka sememangnya kelihatan seiras.

Malah, kisah mereka juga tular dua kali di media sosial apabila adik Naura dapat bertemu dengan selebriti popular ini di rancangan Meletop.

Manakala yang kali kedua, apabila usahawan selebriti terkenal ini juga dilihat bertemu dengan adik berusia 5 tahun ini bersama keluarganya.

Kesan daripada itu, adik Naura kini mempunyai peminatnya sendiri di mana laman Instagram miliknya kini sudah mencecah 244 ribu pengikut.

Terbaru, adik Naura telah menggayakan sepasang baju kurung dengan solekan gincu dan dimuatnaik di laman Instagram.

Namun foto terbarunya itu telah menerima kritikan daripada netizen terutama kepada kedua ibu bapanya.

Segelintir netizen tidak berkenan dengan penampilan kanak-kanak tersebut yang disifatkan menyerupai wanita dewasa.

“I don’t care about what others think about this, to overly groom your kids to look and dress like adults is just creepy to me.”

Malah, ada yang mend4kwa adik Naura kini menjadi mata pencarian pendapatan keluarganya.

“Kesian terpaksa jadi mata pencarian pendapatan keluarga”

Ada juga netizen yang merasa kasihan dengan adik Naura yang did4kwa digunakan untuk mendapatkan perhatian dan wang.

“Feeling sorry for her. She looks creepy as hell. Idk why her parents groomed her like this. Sometimes saja senyum lebih2 nak bagi so lofa alike. For what? Money? She’s a kid. Not your source of income! Lol”

Walau bagaimanapun masih ramai peminat yang menyokong adik Naura dan meninggalkan komen pujian di laman Instagram miliknya.

Terdahulu ketika ditanya wartawan sama ada ayahnya, Che Fahdhullah bersikap terbuka jika Naura diberi tawaran untuk ‘terjun’ ke dunia seni, dia tidak menolak.

“Saya pun bukan kerja bagus, kerja kilang saja. Kalau ada tawaran berlakon jadi model atau iklan saya tak tolak.

“Tapi jangan sampai jejaskan Naura sebab dia masih kecil. Saya anggap rezeki untuk masa depan Naura juga,” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Yoy Network

Be the first to comment on "“Kesiannya..” Gaya Adik Naura ‘Neelofa Cilik’ Dengan Solekan Und4ng Krit1kan Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*