Rakaman suara mirip Muhyiddin tersebar, Isi kandungan didedahkan

 

Rakaman suara yang dikatakan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu sebelum parti itu keluar Pakatan Harapan (PH) kini beredar di Internet.

Dalam rakaman itu, suara yang mirip dengan presiden parti Muhyiddin Yassin memberitahu mesyuarat supaya memberi kepercayaan kepada Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad untuk memutuskan sama ada akan kekal atau meningg4lkan PH.

Sumber-sumber memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa rakaman yang dibocorkan di laman web pro-Mahathir itu asli.

“Dan di kala itu mungkin kita boleh tunggulah bila Tun jumpa dengan ketua presiden parti, okay we wait for one week, for whatever it is, then we will be more sober. Hari ni a bit emosional.

(Oklah kita tunggu selama satu minggu, untuk apa sahaja, maka kita akan lebih tenang. Hari ni agak emosional).

“Dan kita fikirkan soal yang paling besar dalam sejarah kita iaitu out of PH moving to the coalition, but we still be the government. Government led by Bersatu, that is important,” kata lelaki dalam rakaman berkenaan.

(…Keluar dari PH untuk berpindah gabungan, tapi kita masih kerajaan. Kerajaan yang dipimpin Bersatu, itu penting)

Portal ini difahamkan ia dirakam di penghujung mesyuarat pada 23 Februari.

Suara itu menyebut untuk menunggu seminggu lagi sebelum membuat keputusan keluar PH tetapi masih berada dalam kerajaan dipimpin Bersatu.

Video itu dikatakan menjadi bvkti bahawa Bersatu tidak membuat keputusan muktamad sama untuk keluar PH pada 23 Februari.

Ini berlaku selepas ketua penerangan Bersatu, Radzi Jidin mend4kwa keputusan telah dibuat dalam mesyuarat berkenaan dan Mahathir menyokong keputusan meninggalkan PH sebelum berubah fikiran.

Pada malam 23 Februari, Muhyiddin dan pemimpin Bersatu yang lain telah berkumpul dengan kumpulan yang diketuai bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali, pemimpin Umno dan PAS di Hotel Sheraton di Petaling Jaya, dalam apa yang dikenali sebagai “Langkah Sheraton”.

Ini mencetuskan krisis politik selama seminggu setelah Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Krisis itu berakhir apabila Muhyiddin mengangkat sump4h sebagai perdana menteri dari gabungan Perikatan Nasional (PN) pada 2 Mac.

Mahathir mend4kwa Muhyiddin dan penyokongnya mengabaikan hasratnya untuk kekal berada dalam PH berikutan mesyuarat Majlis Presiden Harapan pada 21 Februari.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa semasa mesyuarat berkenaan, Mahathir menerima tekanan agar menetapkan tarikh untuk mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Bersatu kemudian bertindak balas dengan mengancam untuk keluar daripada gabungan itu.

Namun, pada akhirnya, PH menyerahkan kepada Mahathir untuk membuat keputusan bagi menentukan tarikh beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Sebelumnya, dikatakan mesyuarat pada 23 Februari menyaksikan setiausaha politik Mahathir, Zahid Mat Arip telah mengasak Majlis Tertinggi Bersatu agar menyokong langkah keluar daripada PH.

Perkara itu diperkukuhkan apabila lelaki dalam rakaman audio berkenaan menggambarkan mesyuarat itu sebagai “emosional”.

Selain memberi mandat kepada Mahathir untuk memutuskan apakah Bersatu harus meninggalkan PH, rakaman itu juga menjelaskan bahawa Mahathir pada masa itu merancang untuk melakukan rombakan kabinet.

Mahathir sebelum ini mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Kedua-dua pemimpin berkenaan terlibat dalam ‘per4ng terbuka’ menjelang persidangan parlimen Isnin depan, yang merupakan kali pertama diadakan semenjak kejatuhan kerajaan PH.

Berikut reaksi dari netizan

Muhyiddin: Rakyat dah muak dengar cerita politik

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata rakyat Malaysia kini sudah muak untuk mendengar cerita-cerita politik.

Menurutnya, beliau kini memberi tumpuan dalam menangani krisis Covi1d-19, berbanding mengulas 1su-1su politik seperti keabsahan kerajaan Perikatan Nasional yang diterajuinya.

“Saya dalam kerajaan, sejak awal saya duduk di kerusi PM saya tak fikir soal politik. Rakyat tak nak dengar dah, dah muak cerita-cerita tu.

“Yang mereka nak tahu apa kerajaan buat, apa PM, jemaah menteri, pentadbiran ni laksanakan untuk menangani 1su penting yang mereka hadapi

“Saya tak ada dalam kenyataan sebelum ni, hatta sekarang ni, nak mengulas soal-soal berkaitan politik.

“Nanti orang kata soal Cov1id-19 tak selesai, dia cerita soal parti dia, gabungan dia, kerajaan dia, keabsahan dia, ni rakyat tak minat. Saya faham tentang itu,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam wawancara dengan RTM dan Astro Awani

“Tan Sri shopping songkok tahun lepas. Tahun ni belum ada foto lagi..” – Peniaga

Setiap kali menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, lokasi membeli belah seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India yang terletak di ibu kota pasti menjadi tumpuan orang ramai.

Bagi para peniaga pula, situasi itu adalah waktu paling sesuai bagi menjana lebih pendapatan selain berurusan dengan pelbagai ragam pelanggan malah berpeluang untuk berjumpa selebriti dan orang kenamaan.

Terbaru, salah seorang peniaga Hasrol Hashim mengimbas memori apabila dikatakan bertemu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Wisma Yakin pada tahun lalu.

Menurut Hasrol, pemimpin berusia 72 tahun itu membeli songkok di lokasi tersebut dan sudah semestinya dia tidak melepaskan peluang untuk ‘bergambar’ dengan Perdana Menteri kesayangan ramai itu.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin shopping songkok di Wisma Yakin, Kuala Lumpur pada tahun lepas. Tahun ni belum ada gambar lagi,” katanya.

Gambar yang dikongsi di group Facebook ‘Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Fans’ itu meraih 4,300 tanda suka dan pelbagai kata-kata positif netizen.

Read more: “Tan Sri shopping songkok tahun lepas. Tahun ni belum ada foto lagi..” – Peniaga https://ohmymedia.cc/tan-sri-shopping-songkok-tahun-lepas-tahun-ni-belum-ada-foto-lagi-peniaga

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : MV/Oh MyMedia

Be the first to comment on "Rakaman suara mirip Muhyiddin tersebar, Isi kandungan didedahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*