Kerjaan bagi kelonggaran ziarah raya 20 org, sekali Shahrulezad cakap tk setuju

KELONGGARAN yang diberikan kerajaan berhubung aktiviti ziarah raya 20 orang dalam satu rumah menarik perhatian pengarah drama Shahrulezad Mohameddin yang kurang senang dengan keputusan itu.

Menerusi laman Instagram Shahrulezad memohon agar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menarik semula kelonggaran tersebut kerana ia boleh mengvndang mas4lah dalam penjagaan jarak.

Menurut Shahrulezad, saiz dan ruang rumah apartment atau Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) akan menyukarkan pemakaian topeng dan penjarakkan sosial melibatkan 20 individu.

Shahrulezad berpendapat aktiviti ziarah raya akan mendatangkan ris1iko kepada jangki1tan wab4k Covi1d-19.

“Susah susah haramkan saja peraturan boleh beraya tak lebih 20 orang itu datuk. Tak ada maknanya boleh social distancing kalau rumah sejenis apartment kecil.

“Kalau mak bapa kita tingglkan PPRT lepas itu ada 20 orang sekali datang? Kau rasa social distancing ke tidak? Kelonggaran macam ni la lagi mengundang malap3taka sebenarnya.

“Macam mana kita nak pastikan tiada adegan peluk cium salam semua tu dalam rumah? Polis ada ke yang mengawal? Nak harapkan ahli keluarga memang tak la,” tulis Shahrulezad pada Selasa.

Apalah maknanya berhari raya bersama kalau sesama tetamu mula gementar sesama sendiri.

Pada Ahad, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dilanjutkan sehingga 9 Jun depan.

Menerusi lanjutan PKPB, terdapat kelonggaran untuk menyambut tiga perayaan iaitu Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai dengan membenarkan aktiviti ziarah jiran terdekat serta keluarga dalam negeri yang sama, dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa.

Dalam pada itu, pengarah drama Nur ini berpendapat aktiviti ziarah tersebut tidak akan menjejaskan ekonomi negara sekiranya ia tidak dilakukan.

Shahrulezad berharap Datuk Noor Hisham menarik semula keputusan aktiviti ziarah raya.

“Apalah maknanya berhari raya bersama kalau sesama tetamu mula gementar sesama sendiri. Hujung-hujung masing masing akan lantakkan soal social distancing dan face mask bagai tu.

“Orang sibuk nak makan ketupat beraya dia sibuk nak berface mask bagai. Jadi, risiko di situ ada datuk. Lagipun kalau tak beraya bukannya boleh menjejaskan aktiviti ekonomi pun.

“Orang tak pening kepala nak fikir itu ini boleh ke tak boleh ke tak. PKPD terus pun bagus. Biar diam-diam semua duduk rumah masing-masing pakai baju raya tahun lepas sambil makan rempeyek dan tengok sarkas!” ujarnya.

‘Tiada salam, civman ketika beraya’

PUTRAJAYA – Tiada salam dan ciuman lazimnya yang menjadi amalan ketika perayaan Aidilfitri bagi menjaga jarak sosial selamat untuk mengelakkan jangk1itan koronavirvs (Covi1d-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penjarakan sosial merupakan salah satu garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Tiada salam-salam, civm-civm, jaga jarak selamat dan gunakan cecair pembasmi kvman,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covi1d-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Sementara itu menurutnya, cadangan 20 orang beraya di sesebuah rumah adalah melibatkan kumpulan ahli anggota keluarga termasuk anak dan cucu.

Menurutnya, nombor berkenaan adalah relatif berdasarkan keluasan sesebuah rumah.

“Jika 20 orang di sebuah pangsapuri, ia adalah sesak dan dikira telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) KKM.

Beliau berkata, penjarakan sosial perlu dipastikan bagi melindungi golongan berisi1ko terutamanya warga emas.

Katanya, kementerian juga tidak membenarkan adanya kunjungan pelawat di setiap rumah.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : M.B

Be the first to comment on "Kerjaan bagi kelonggaran ziarah raya 20 org, sekali Shahrulezad cakap tk setuju"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*