Tun M Cakap Melayu begitu takut kepada DAP, Sekali Isham Jalil Tanya Balik

 

MENGAPA TUN BEGITU TAKUT KEPADA NAJIB?

Kehadapan Tun Mahathir,

Tadi saya terbaca karangan panjang Tun mengatakan bahawa orang-orang Melayu begitu takvt kepada DAP.

Di samping mempertahankan DAP, Tun juga kata bahawa DAP tidak akan menghancurkan Melayu tetapi Melayu akan hancvr jika memilih Najib sebagai pemimpin.

Tun juga memanggil pelbagai nama m4kian dan kejian kepada Najib seperti penyang4k, penyamvn, kleptokr4t dan sebagainya dan menggelar orang-orang Melayu yang menyokong Najib (dan tidak menyokong DAP) sebagai b4cul.

Sebenarnya, apabila seseorang mengkeji orang dengan ayat-ayat m4kian seperti di atas, ia menggambarkan sahsiah orang yang mengkeji tersebut dan bukannya orang yang dikeji.

Dan walaupun pemimpin-pemimpin DAP ada yang terpalit dengan skand4l rasu4h yang besar namun Tun tidak endahkan hal itu malah melepaskan mereka begitu sahaja.

Bercanggah dengan apa yang Tun katakan, orang-orang Melayu tidak takut kepada DAP, sebab itu mereka berani tinggalkan DAP dan buang mereka (DAP) dari kerajaan.

Ini adalah walaupun orang-orang Melayu tahu bahawa DAP mempunyai jaringan taikun-taikun perniagaan dan ekonomi yang besar yang boleh menjaga tembolok segelintir orang-orang Melayu yang berkepentingan ataupun menjatuhkan mereka.

Nasib baik masih ramai pejuang-pejuang orang Melayu yang ikhlas yang bukan berjuang untuk tembol0k sendiri.

Tun mungkin lupa apabila DAP berkuasa dalam kerajaan selama 22 bulan, pemimpin-pemimpin mereka secara lebih berani dan terang-terangan menyemarakkan prejudis dan api perkauman dan telah menghina orang-orang Melayu, Raja-raja Melayu dan Agama Islam, mempersoalkan hak-hak orang-orang Melayu dan status Agama Islam dalam Perlembagaan, menerukkan Islamofobia, men4kut-n4kutkan bukan Melayu kepada tulisan jawi, mengagung-agungkan Chin Peng dan menggelar pengganas komunis sebagai pejuang, dan banyak lagi perkara yang memburvkkan kebenci1an di antara rakyat.

Orang-orang Melayu yang menentang perbuatan dan hasutan-hasutan di atas tersebut tidak b4cul, malah sebaliknya orang-orang yang membiarkan sahaja perkara-perkara di atas berlaku di bawah batang hidung mereka itulah sebenarnya yang b4cul.

Dan amat mengecewakan orang-orang Melayu apabila orang yang tidak berani tinggalkan DAP adalah Tun.

Mungkin sebab kroni-kroni yang menjaga kepentingan Tun adalah taikun-taikun yang sama yang menyokong DAP.

……..

Tun juga kata British tidak pernah menawan Tanah Melayu malah orang-orang Melayu kononnya yang telah menjemput British untuk menjadi penasihat mereka.

Kenyataan Tun ini bukanlah fakta kerana orang-orang Melayu tidak pernah menjemput British untuk 4mereka mahupun menjadi sebagai penasihat.

British telah datang dengan kapal per4ng dan meriam dan berunding dengan Belanda untuk menyerahkan Tanah Melayu kepada mereka (British) tanpa dijemput oleh orang-orang Melayu.

Tun juga kata bahawa kita telah membo1ikot barangan British dengan kempen “Buy British Last” pada tahun 1981 apabila Tun menjadi Perdana Menteri kononnya kerana British telah terbangkan pesawat Concorde di ruang udara tanpa izin Malaysia.

Namun ini bukanlah sebab dan fakta sebenar kerana apa yang Tun tidak beritahu ialah pada masa yang sama ketika itu Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Tun telah mengalami kerugian sebanyak beratus-ratus juta ringgit akibat kegagalan “perjudi1an” spekulasi harga bijih timah oleh Tun di London Metal Exchange kerana tindakan yang diambil oleh kerajaan British apabila mereka percaya yang Tun cuba meni1pu mereka dengan spekulas1i harga hadapan bijih timah.

Walaupun ianya salah Tun, Tun marah kepada mereka dan memboi1kot barangan mereka.

Dan apabila Malaysia mengalami krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah pada tahun 1997-1999, Tun cepat menyal4hkan peny4ngak matawang yang telah menyerang sistem kewangan negara.

Namun apa yang Tun tidak beritahu ialah mereka telah menyerang kerana sistem kewangan negara yang lemah di bawah pentadbiran Tun pada ketika itu di mana pentadbiran Tun juga terlibat dalam spekulasi matawang dan menipiskan rizab Bank Negara.

……..

Saya tidak faham mengapa Tun begitu takut dengan Najib.

Tun tidak perlu salahkan Najib atau mengkeji Najib lagi.

Tun tentunya sedang marah kerana anak Tun iaitu Mukhriz baru ditendang sebagai Menteri Besar Kedah buat kali kedua.

Namun Tun mungkin lupa bahawa Najib bukan lagi Perdana Menteri atau Presiden UMNO dan tidak ada kena mengena dengan penyingkiran Mukhriz oleh ADUN-ADUN Kedah semalam.

Setelah sekian lama Mukhriz bergantung kepada Tun dalam kerjaya politiknya, kini tiba masanya dia perlu berdiri di atas kaki sendiri tanpa bertongkat lagi.

……..

Saya cadangkan dalam bulan Ramadan yang berkat ini supaya Tun banyakkan amal dan jauhkan dari mengkeji orang lain.

Saya lihat Tun dan DAP kini saling suka menyukai, oleh itu mungkin DAP akan menjemput Tun dan Mukhriz untuk masuk ke parti mereka jika Tun dua beranak ditolak oleh Bersatu.

Namun saya harap Tun tidak tunduk atau akur kepada DAP.

Cukuplah selama ini mereka menggunakan segelintir orang-orang Melayu untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Negara tidak akan stabil dan tidak akan maju dengan prejudis perkauman yang disemarakkan oleh DAP.

Dahulu kita pernah diti1pu oleh penjaj4h British. Kini pada pengakhirannya janganlah kita diti1pu oleh DAP pula.

Ikhlas,

ISHAM JALIL

13 Mei 2020

 

MENGAPA TUN BEGITU TAKUT KEPADA NAJIB?Kehadapan Tun Mahathir,Tadi saya terbaca karangan panjang Tun mengatakan…

Posted by Isham Jalil on Tuesday, May 12, 2020

 

Berikut reaksi dari netizan

‘Mungkin sekarang ada Melayu b4cul’-Tun M

Saya amat malu apabila ramai orang Melayu percaya DAP akan hancurkan kita orang Melayu jika ia berada dalam kerajaan Malaysia.

Ya. Saya mengaku orang Melayu mempunyai banyak kelemahan. Mereka tidak berjaya dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Kita dapati ramai juga orang Melayu yang miskin, yang terlibat dengan dad4h, j3nayah-j3nayah tertentu dan rasvah.

Dalam penjara pun terdapat ramai bandvan Melayu.

Tetapi benarkah orang Melayu begitu lemah sehingga sebuah parti politik boleh hancur mereka?

Ya. Dahulu kita dijaj4h oleh British. Tetapi negara sebesar India pun dijaj4h oleh British juga. Kita (negeri-negeri Melayu) tidak ditawan oleh British, walaupun Melaka jatvh ke tangan Portugis dan kemudian Belanda.

Kita jemput British untuk nasihat kita dalam bidang pentadbiran. Tetapi seperti di tempat-tempat lain, British mengambil alih pentadbiran seolah-olah kita sudah jadi jaj4han takluk mereka.

Selepas Per4ng Dunia Kedua, British kembali ke Malaya dan merancang untuk benar-benar menjadikan negeri-negeri Melayu milik mereka. Mereka bercadang menubuhkan Malayan Union yang ditadbir secara langsung dari Whitehall London.

Raja-raja Melayu akan hanya menjadi pentadbir agama Islam dan adat istiadat Melayu. MacMichael memaksa raja-raja Melayu menyerahkan negeri-negeri mereka kepada British.

Tidak ada rundingan dengan orang Melayu sama sekali. Tetapi kita tahu, orang Melayu bangun dan menentang Malayan Union. Ringkasnya British – suatu kuasa dunia yang baru memenangi per4ng – terpaksa tunduk kepada orang Melayu. Terpaksa membatalkan Malayan Union hanya dua tahun selepas ia diisytiharkan.

British ingat mudah untuk merampas negeri Melayu seperti mereka merampas Palestin untuk diberi kepada Yahudi. Percubaan untuk merampas negeri Melayu – untuk sebenarnya menghancurkan bangsa Melayu – gagal. Gagal kerana orang Melayu menentang.

Semua syarikat penjaj4h dibeli

Mungkin sekarang ada Melayu b4cul. Tetapi Melayu dahulu berani. Susulan kepada penolakan Malayan Union, Melayu menuntut kemerdekaan. Pemuda Melayu menuntut kemerdekaan pada 1957. British bersetuju kemerdekaan diberi pada 1959.

Melayu menolak dan tetapkan kemerdekaan pada 1957. Dan 1957 menjadi tarikh kemerdekaan. Banyak syarat yang cuba dikenakan tetapi Melayu menolak.

Apabila British terbang pesawat Concorde tanpa izin dari Malaysia, kerajaan pimpinan Melayu perkenalkan dasar “Buy British Last”. Kita beli Syarikat Guthrie milik British dalam satu “Dawn Raid” yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara di dunia.

Semua syarikat penjaj4h dibeli oleh Malaysia kerana diarah oleh pemimpin Melayu.

Demikian juga dengan kuasa besar yang lain. Biasanya setiap pemimpin baru negara-negara kecil di dunia, apabila dilantik, akan meminta untuk pergi mengadap Presiden Amerika.

Kita tidak. Perdana Menteri Malaysia yang menjadi perdana menteri pada 1981 hanya pergi AS tiga tahun selepas dilantik walaupun duta AS cuba mendapatkan temu janji sesudah sahaja perdana menteri baru Malaysia mengambil alih.

Pemimpin Melayu Malaysia sering menegur kuasa-kuasa besar apabila mereka melaku kezaliman ke atas negara yang lemah. Suara pemimpin Melayulah yang lantang menegur penyelewengan kuasa besar kepada Israel.

Percubaan dibuat oleh penyang4k matawang untuk kerajaan pimpinan Melayu Malaysia mengemis bantuan International Monetary Fund (Tabung Kewangan Antarabangsa – IMF) dan World Bank (Bank Dunia).

Badan-badan ini menawarkan pinjaman jika Malaysia meletakkan ekonomi Malaysia di bawah mereka.

Kita tolak. Kita cipta cara kita sendiri untuk mengatasi masalah penurunan nilai ringgit. Maka pakar-pakar kewangan dunia pun berkata kita akan mufli1s – bankrap. Tetapi tidak.

Kita pulih semula dengan cepat walaupun pemimpin Malaysia ini orang Melayu, jentera pentadbiran juga Melayu.

Dan banyak lagilah peristiwa yang menunjuk orang Melayu tidak mudah dihancurkan.

Tetapi orang Melayu boleh hancur. Mereka akan hancur apabila membenarkan penyang4k menjadi pemimpin. Pemimpin seperti ini – walaupun Melayu – akan menghancvrkan orang Melayu.

Boleh main golf dengan Trump

Kita tubuh sebuah parti Melayu untuk memperjuang nasib orang Melayu. Parti ini berjaya. Berjaya kalahkan British, mencapai kemerdekaan, membangunkan negara sehingga menjadi Harimau Asia.

Parti ini tidak pernah kalah. Tetapi pada 9 Mei 2018, parti ini kalah.

Kenapa? Kerana parti bertuah ini mendapat peny4mun sebagai pemimpin. Saya tak payah ulang apa yang pemimpin penyang4k ini buat. Dari sebuah negara yang dihorm4ti, negara ini menjadi kleptokr4si – negara yang diperintah oleh pencvri.

Maka hancurlah parti ini kerana ahlinya sedia disogok dan tidak lagi mengutamakan perjuangan orang Melayu.

Maka dimomokkan orang Melayu sehingga ada yang begitu takut kepada DAP. Orang Melayu dan pemerintahan Melayu yang berani melawan British, kuasa-kuasa besar IMF dan Bank Dunia sekarang takut kepada DAP, takut dihancvrkan oleh DAP. Takut kepada Guan Eng.

Orang Melayu takut kepada Guan Eng.

Dari mana datang b4cul ini? Nak dapat perlindungan daripada siapa? Dari Najib? Dari kerajaan Melayu Islam pimpinan penyang4k?

Ada yang kata, walaupun penjenayah, dia Melayu. Semasa dia memimpin dia lindung Melayukah? Dia kalah kerana melindung Melayukah?

Tepuk dada, tanya selera. Boleh main golf dengan Trump adalah bvkti kekuatan untuk lindung Melayukah?

Pemuda Melayu dahulu berlawan dengan British. Tak takut. Pemuda yang sokong Najib ini mencari perlindungan daripada Najib. Sudah jadi bacvlkah?

Saya malu. Amat malu.

Rupa-rupanya ada orang Melayu yang begitu takut kepada DAP sehingga sanggup mengkhianati rakyat yang beri mandat kepada mereka.

DAP tidak mungkin hancurkan Melayu tetapi mereka (Melayu) akan hancur kerana orang Melayu memilih penyang4k sebagai pemimpin.

DR MAHATHIR MOHAMAD ialah pengerusi Bersatu, merangkap ahli parlimen Langkawi dan bekas perdana menteri Malaysia.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber: TRENDINGSANGAT/Oh MyMedia

Be the first to comment on "Tun M Cakap Melayu begitu takut kepada DAP, Sekali Isham Jalil Tanya Balik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*