Jinggo Suami Sheila Rusly ‘S0und’ Penonton Berlagak Pandai, Awak Bukan Orang Industri Baik..

Drama Bukan Gadis Biasa sebelum ini menerima kriti1kan antaranya teknik suntingan yang disamakan dengan budak sekolah oleh netizen. Kali ini, pemilihan penerbit drama terbabit, Shiela Rusly sendiri memegang watak opah turut dipersoal. Persoalan itu kemudiannya dijawab suami Shiela, Azman Yahya atau Jinggo di Instagram.

Kenapa tak guna pelakon betul-betul berusia?

Persoalan berkenaan pemilihan bukan pelakon benar-benar berusia dalam drama tersebut ditinggalkan beberapa peminat drama terbabit di Instagram Shiela. Tambah salah seorang daripada pengikut Shiela, sebelum ini pun 1su pelakon veteran tidak mendapat tawaran berlakon pernah ditimbulkan media.

Jinggo balas komen

Jinggo membalas tegvran berkenaan dengan komen panjang lebar menjustifikasi mengapa pihaknya memilih Shiela sebagai watak opah. Menurutnya, penonton tidak faham bagaimana cara orang industri bekerja kerana individu itu tidak bekerja dalam bidang ini.

Tambahnya, pelakon berumur berusia 80-an sukar ditransformasi ke umur 50-an jika diperlukan, selain pelakon berusia mungkin tidak boleh menghafal dialog panjang.

Ada sebab watak diberikan pada pelakon veteran

Jinggo juga menerangkan keperluan untuk berada di set dari pagi sehingga lewat hari dan mungkin akan kepenatan sehingga mengganggu proses penggambaran turut menjadi faktor keputusannya itu.

Netizen tak setuju

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber: Shiela Rusly, Tukang Carut/OHBULAN

Be the first to comment on "Jinggo Suami Sheila Rusly ‘S0und’ Penonton Berlagak Pandai, Awak Bukan Orang Industri Baik.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*