Adun Kuah slumber pergi jumpa Tun minta nasihat nk sokong PN Kedah

Selepas kira-kira sejam bertemu Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuah Mohd Firdaus Ahmad menjelaskan menerima pelbagai pandangan dan nasihat daripada pertemuan itu.

Bagaimanapun katanya, paling ditekankan oleh bekas perdana menteri itu adalah supaya beliau meneruskan perjvangan demi agama, bangsa dan tanah air.

“Pertemuan saya dengan Tun berlangsung selama sejam, dan apa yang penting beliau sampaikan amanat supaya berjvang untuk agama, bangsa dan tanah air,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Ditanya mengenai pandangan Dr Mahathir berkenaan keputusan sama ada beliau akan menyokong PN Kedah, Mohd Firdaus berkata, Dr Mahathir berpesan supaya ‘tepuk dada, pilih selera’.

Sekali gus, Mohd Firdaus memberi gambaran beliau akan meneruskan sokongan kepada PN dan kekal bersama Bersatu.

“Tun juga pesan supaya berjuang untuk parti, dan bukan untuk diri sendiri.

“Insya-Allah pesan Tun berjuang untuk parti akan saya pegang, dan saya pilih parti. Sesiapa pun yang memimpin tetap parti yang sama,” katanya ketika ditanya sama ada akan menandatangani SD tersebut atau tidak.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan, Mohd Firdaus ‘mengadap’ Dr Mahathir petang tadi, dua hari selepas mengaku menyokong Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan baru.

Malah beliau berkata, belum menandatangani sebarang akuan bersvmpah (SD), walaupun PAS semalam mend4kwa 23 SD sudah dipersembahkan kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

PAS Kedah mend4kwa mempunyai sokongan 23 Adun, termasuk dua Adun PKR yang keluar parti dan empat Adun Bersatu yang mendukung kepimpinan Presiden parti Muhyiddin Yassin.

Firdaus pada Selasa memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dan tiga lagi Adun Bersatu menyokong pembentukan kerajaan baru selepas PH dikatakan hilang majoriti kerana “mengikut arus dan arahan daripada parti”.

Sebelum ini, dua lagi Adun Bersatu – Halimaton Shaadiah Saad (Bukit Kayu Hitam) dan, Juhari Bulat (Ayer Hangat) mengaku menyokong PN.

Untuk rekod, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah dan Ayer Hangat terletak dalam kerusi parlimen Langkawi yang dimenangi Mahathir.

Ku Abd Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak) turut dikaitkan dengan peralihan sokongan itu tetapi belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengesahkannya.

Sekiranya mendapat sokongan penuh keempat-empat Adun Bersatu itu, PN Kedah mempunyai kekuatan dengan 23 kerusi berbanding PH hanya mempunyai 13 kerusi.

Sementara itu, Mohd Firdaus berkata beliau bersama Adun lain akan mengadap Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman, di Alor Setar pagi esok.

Difahamkan, wakil rakyat daripada PN akan mengadap baginda pada sebelah pagi, manakala Adun PH pula akan berbuat demikian pada sebelah petang.

PN serah 23 SD tidak p3rcaya Mukhriz kepada Sultan Kedah.

PETALING JAYA, 13 Mei: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sudah dipersembahkan 23 akuan bersvmpah dari adun yang mencadangkan calon baharu menggantikan menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Jumlah adun di Kedah adalah seramai 36 orang, ini bermakna dengan 23 adun, PN hanya kurang satu kerusi untuk mendapat 2/3 majoriti.

Kata Takiyuddin yang dipetik The Star Online, SD berkenaan diserahkan ketika presiden Umno, PAS dan Bersatu mengadap Sultan Sallehuddin di Kuala Lumpur hari ini.

“Mereka memaklumkan kepada sultan bahawa ketiga-tiga parti bersetuju dengan calon yang dinamakan dalam SD berkenaan bagi menggantikan Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah,” – Takiyuddin

Menurut Takiyuddin pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana mesra.

Beliau menambah, langkah menggantikan menteri besar melalui serahan SD kepada sultan diambil kerana ia dianggap lebih wajar berbanding menggunakan kaedah undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri Kedah.

Menurut laporan berkenaan, pertemuan tersebut berlangsung kira-kira sejam selepas Mukhriz mengumumkan beliau masih menteri besar Kedah yang sah.
Difahamkan, kesemua 23 adun tersebut mencadangkan supaya adun Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor, merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah sebagai menteri besar yang baharu.

Pertemuan dilaporkan berlangsung sejam selepas Mukhriz mengumumkan bahawa beliau masih lagi menteri besar Kedah.

Terdahulu, Mukhriz menafikan bahawa beliau sudah keh1ilangan majoriti di dewan undangan dan menambah kerajaan Pakatan Harapan Kedah masih belum jatuh dan beroperasi seperti biasa.

“Suasana politik di Kedah masih lagi terkawal, saya masih lagi menteri besar dan kerajaan masih lagi wujud, maka tidak benarlah d4kwaan dari mana-mana pihak bahawa kerajaan ini telah jatuh semalam,

“Ada beberapa proses lagi yang perlu dilaksanakan termasuklah yang melibatkan kebawah Duli Tuanku Sultan Kedah sebelum perkara seperti itu boleh berlaku.

“Jadi, sebelum ia berlaku maka kerajaan ini masih lagi beroperasi seperti biasa dan sebab itu saya punya mesyuarat exco pun boleh berlangsung hari ini,” – Dato Seri Mukhriz Mahathir

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : M.B

Be the first to comment on "Adun Kuah slumber pergi jumpa Tun minta nasihat nk sokong PN Kedah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*