Disebabkan ini Dr M akhirnya rela disingkir dari Bersatu tapi bersyarat.

Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad mengakui terdapat usaha untuk menyingkirkan beliau daripada parti yang ditubuhkannya.

Bagaimanapun, kata beliau, usaha untuk menggugurkannya daripada Bersatu itu perlu berdasarkan prinsip undang-undang.

“Dan kita dapati banyak kesalahan yang dilakukan dalam percubaan untuk singkir saya.

“Saya rela disingkir tetapi dengan cara yang mengikut undang-undang parti, perlembagaan parti.

“Kalau saya nak disingkir pun, jemputlah saya,” katanya pada suatu rakaman video hari ini.

Sebelum ini, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dispekulasikan sedang merancang untuk menyingkirkan Mahathir dan anaknya – timbalan presiden parti itu Mukhriz Mahathir. Ia berlaku di tengah-tengah persaingan politik antara Mahathir sebagai pengerusi parti dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, mesyuarat MPT Bersatu dirancang tanpa menjemput Dr Mahathir dan Mukhriz. Kemudian mesyuarat tersebut ditangguhkan.

Mengulas lanjut, Mahathir menunjukkan bagaimana Anwar Ibrahim diberi kesempatan untuk tampil membela dirinya di hadapan Majlis Tertinggi Umno sebelum dipecat pada 1998.

“Saya dulu biasa jadi pengerusi dalam Umno di waktu mana Majlis Tertinggi Umno menyingkir Anwar.

“Dia dijemput dan dia berucap dalam mesyuarat itu,” katanya lagi.

Setiausaha agung

Sementara itu, Mahathir turut mengulas mengenai pelantikan Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin sebagai setiausaha agung.

Pelantikan Hamzah menggantikan Senator Marzuki Yahya yang diberhentikan daripada jawatan itu berkuatkuasa 18 Mac disahkan oleh Presiden Muhyiddin Yassin pada 26 Mac.

Mahathir menarik perhatian pemimpin PPBM kepada keputusan MPT mengenai ahli Umno yang menyertai parti itu selepas pilihan raya 2018.

MPT, katanya, menetapkan individu berkenaan perlu keluar Umno, mesti jadi bebas bagi suatu tempoh masa tertentu, dan jika diterima masuk parti, tidak boleh pegang apa-apa jawatan.

“Mereka juga mungkin tidak akan dilantik untuk jadi calon kalau ada pilihan raya,” katanya.

Mengenai kuasa presiden melantik setiausaha agung, video itu berkata perlembagaan menetapkan kena ada rundingan dengan pengerusi.

Sementara itu, Mahathir berkata PPBM mungkin akan hancur sekiranya pilihan raya umum diadakan, kerana ia tidak dapat sokongan Pakatan Harapan dan Umno.

“Jadi tinggal tergantung-gantung PPBM ini…tiada siapa pun sokong,” katanya.

MPT BERSATU mahu singkir Pengerusi Parti? Ini ulasan saya

Ulasan saya susulan dari Notis Mesyuarat MPT tanpa agenda yang dikeluarkan Setiausaha Kerja BERSATU pada 10hb Mei lalu dan kemudiannya ditangguhkan.

Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Wednesday, May 13, 2020

Ulasan saya susulan dari Notis Mesyuarat MPT tanpa agenda yang dikeluarkan Setiausaha Kerja BERSATU pada 10hb Mei lalu dan kemudiannya ditangguhkan.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : M.B

Be the first to comment on "Disebabkan ini Dr M akhirnya rela disingkir dari Bersatu tapi bersyarat."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*