Bangun Jam 4 Pagi Kaki Sudah Sejuk, Isteri Ahmad Tarmimi Siregar Men1nggl Dnia

” Selalunya setiap kali bangun solat tahajud dalam jam 2 pagi saya akan periksa dia dulu, tapi tadi tidak. Dalam jam 4 pagi baru saya periksa dan mendapati dia sudah tidak bergerak dan kaki pun sejuk.”

Demikian kata-kata Datuk Ahmad Tarmimi Siregar ketika mengesahkan isterinya Datin Zulhaila Siregar Sulaiman, 64, men1nggI dnia kira-kira jam 2 pagi hari ini.

Ahmad Tarmimi ketika dihubungi berkata, kali terakhir dia bercakap dengan isterinya jam 11 malam tadi.

Menurutnya lagi, allahyrhamah mengalami masalah pernafasan dan meninggI dnia di kediaman mereka di Bukit Bangsar, Kuala Lumpur.

” Kali terakhir saya bercakap dengannya sebelum tidur iaitu jam 11 malam.

” Saya sempat hantar video kepada ahli keluarga bagi memaklumkan keadaannya yang tidak berapa okay. Pernafasannya dan oksigen kurang bagus. Dia nampak penat sangat.

” Saya nak bawa dia ke h0spital, tapi disebabkan peny4kit dialami membabitkan paru-paru ditambah pula musim COV1D-19, jadi saya fikir ia tidak sesuai. Tidak menjangka pula dia sudah mahu pergi,” katanya kepada Harian Metro.

Kesihatan merosot sejak tiga tahun lalu.

Ahmad Tarmimi berkata, keadaan kesihatan isterinya mula merosot sejak tiga tahun lalu selepas disahkan mengh1dap peny4kit sekatan pulmonari kronik (COPD) tujuh tahun lalu.

” S4kit dialami sudah tujuh tahun, tapi mulai merosot sejak tiga tahun lalu yang mana dia sudah tidak boleh keluar rumah. Kalau keluar pun, kena bawa oksigen bersama. Itu pun sesekali saja.

” Sejak dua minggu lalu dia sudah tidak berapa ingat, malah minggu ini pernafasannya tidak menentu. Jadi, saya bercakap pada diri, saya reda jika Allah mahu mengambilnya. Ambillah dia.

” Macam semalam pun saya pujuk dia makan dan minum, tapi tak nak.

” Dia sempat cakap nak peluk anak bongsu yang baru pulang dari kerja,” katanya.

Menurut Ahmad Tarmimi, jnzah isterinya akan dikebvmikan di Tanah Perkubvran Islam Bukit Kiara selepas Zuhur, hari ini.

” Ambulan dan pegawai perub4tan sudah datang buat pemeriksaan tadi. Jnzah tidak dibawa ke h0spital. Semua anak pun sudah ada di rumah. Insya-Allah, saya cuba segerakan urusan pengebvmian jnzah,” katanya.

Zulhaila juga penerbit bersama filem Belukar lakonan Bront Palarae, Daphene Iking dan ramai lagi.

Zulhaila juga pernah membintangi filem Sepi pada 2008.

Pihak editor mengucapkan takziah kepada Datuk Ahmad Tarmimi dan keluarga semoga tabah menghadapi ujian ini. Semoga r0h Allahyrhamah ditempatkan dikalangn para syuhada.

Sungguh bertuah isteri Datuk kerana dijemput ilahi pada hari jumaat, penghulu segala hari dan di bulan ramadan, sebaik-baik bulan. Alfatihah.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Asia Kini

Be the first to comment on "Bangun Jam 4 Pagi Kaki Sudah Sejuk, Isteri Ahmad Tarmimi Siregar Men1nggl Dnia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*