Langgar SOP dalam Masjid? Sekali Abu Syafiq komen minta ambil tindakan

Dalam negara menghadapi gelombang cov1d-19,rakyat Malaysia diseru untuk terus mengamalkan penjarakan sosial paling kurang 1 meter.

Namun hari ini tersebar gambar sekumpulan wartawan yang kelihatan tidak mengamalkan penjarakkan sosial ketika membuat liputan solat di Masjid

Pelbagai reaksi diberikan oleh netizan termasuk oleh pendakwah bebas Abu Syafiq yang menggesa tindakan di ambil ke atas mereka. Berikut tulisan Abi Syafiq di IG milil beliau

“PDRM DAN MKN sila ambil tindakan.

1- Tidak ikut S.O.P.

2- Tidak solat.

3- Buat Bid’ah sejak dulu lagi. Lama dah mcm ni. Sejak dulu lagi.

PDRM dan MKN tak berani ambil tindakan keatas mereka ini ke. Saya tak rasa mereka wartawan. Mungkin mereka netizen jek kot. Sebab Wartawan jaga molek S.O.P

Masyarakat dinasihat kekal amal penjarakan sosial

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan semua lapisan masyarakat supaya kekal mengamalkan penjarakan sosial, walaupun selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata orang ramai juga tidak digalakkan menyertai mana-mana perhimpunan selepas tempoh PKP.

“Selepas fasa ketiga kita mungkin tak dapat kembali kepada kelaziman dalam kehidupan. Nasihat KKM kepada semua ialah kita perlu mengadakan penjarakan selamat.

“Mungkin tak ada perhimpunan kerana kebarangkalian atau kebolehjangkitan COVI1D-19 ini akan berlaku, jadi kita perlu memutuskan rantaiannya walaupun selepas PKP.

“Ini nasihat kita… Perlu lihat industri dan cara melaksanakan aktiviti harian dan di mana perlu lihat nasihat KKM dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : M.B

Be the first to comment on "Langgar SOP dalam Masjid? Sekali Abu Syafiq komen minta ambil tindakan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*