Kerajaan putus penggambaran selepas raya. Sekali Penerbit cakap tak setuju

 

BUNTU dengan l4rangan berterusan terhadap penggiat seni untuk melakukan penggambaran, empat persatuan penerbit merayu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar industri kreatif diberi kebenaran kembali beroperasi bermula 1 Jun depan.

Menerusi surat terbuka bertarikh 13 Mei, rayuan itu berikutan keadaan kr1itikal dan kesempitan hidup yang terpaksa dilalui lebih 100,000 pekerja seni yang kehi1langan pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Empat persatuan terbabit terdiri daripada Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia (PPFIM) dan Persatuan Dokumentari Malaysia (MYDOCS).

“Kelonggaran kerajaan membuka semula operasi sektor tertentu sangat kami alu-alukan yang memberi peluang ramai kembali bekerja dan membuka perniagaan.

“Namun bagi kami warga penerbit, masih tidak dibenarkan menjalankan penggambaran dan ini menjejaskan operasi perniagaan kami serta periuk nasi lebih 100,000 tenaga kerja di bawah sektor industri kreatif.

Surat terbuka kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Keempat-empat gabungan persatuan merangkumi semua genre sebulat suara ingin merayu untuk memberikan kami kebenaran menjalankan aktiviti penggambaran mulai 1 Jun 2020,” ujarnya.

Dalam pada itu, mereka berjanji untuk mengikuti segala syarat dan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang menjalani penggambaran.

Tambah kenyataan itu, jumlah kru penggambaran yang berada di set penggambaran boleh dikawal dan akan mengikut keperluan setiap produksi.

“Di set penggambaran, SOP lebih mudah dipatuhi seperti memakai hand sanitizer, penutup muka dan sebagainya. Jumlah kru penggambaran juga boleh dikawal mengikut keperluan setiap produksi dan ianya berbeza mengikut genre yang dItentukan.

Persatuan penerbit merayu agar penggambaran dibenarkan bermula 1 Jun 2020.

“Kami warga penerbit telahpun mengkaji dan berbincang tentang Best Practices untuk setiap genre yang boleh dilaksanakan semasa penggambaran untuk menjaga keselamatan dan kesihatan tenaga kerja produksi,” ujarnya.

Selain itu, mereka berkata, pihaknya akan mematuhi semua SOP serta mengubahsuai teknik penggambaran yang boleh mengelakkan adegan berse3ntuhan.

“SOP memang dipatuhi oleh setiap penerbit sebelum Finas boleh mengeluarkan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP).

“Pengubahsuaian skrip dan screenplay serta cheat shot dalam penerbitan akan dilakukan bagi memastikan adegan bersentuhan dapat dielakkan,” ujar kenyataan itu.

Persatuan penerbit menegaskan penggambaran akan mengikut SOP yang ditetapkan.

Sementara itu, tambahnya, kekurangan bahan siaran di stesen televisyen serta kerugian yang dialami para penerbit turut menjadi antara alasan seharusnya diberi kebenaran untuk menjalani penggambaran.

“Sejak PKP dilaksanakan, semua stesen TV mengalami kekurangan bahan untuk siaran.

“Pembatalan dan penangguhan penggambaran sejak PKP telah banyak memberi kerugian kepada penerbit.

“Permohonan untuk mendapatkan SPP boleh dilakukan secara atas talian bagi memudah cara dan mengurangkan pergerakan dan perhimpunan,” jelas penerbit.

‘Kebenaran penggambaran ketika PKP diputuskan selepas raya’

Kerajaan akan mempertimbangkan untuk membenarkan kegiatan penggambaran diteruskan semula ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), selepas Hari Raya ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata kerajaan masih memerlukan masa untuk mempertimbang setiap aspek dalam kegiatan penggambaran, antaranya berkenaan penjarakan sosial ketika ketika penggambaran.

Beliau berkata ia merangkumi kegiatan penggambaran antaranya untuk filem, drama televisyen dan iklan.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah mengemukakan kertas cadangan mengenai kemungkinan membenarkan aktiviti penggambaran pada Selasa lalu, katanya.

“Kita ambil kira setiap pandangan dan belum putuskan nak beri kebenaran (atau tidak) sebab banyak pertimbangan yang perlu dilihat.

“Berkenaan lakonan (penggambaran filem atau drama) mungkin berlaku k3stiada penjarakan sosial. Ini kerana ia bukan saja melibatkan pelakon tapi kru yang ramai.

“Sebab itu kami terpaksa tangguh dulu keputusan. Mungkin selepas Hari Raya kami akan pertimbangkan semula,” katanya ketika sidang media di Putrajaya yang disiar secara langsung hari ini.

Semalam, Malaysiakini melaporkan KKMM akan memutuskan prosedur operasi standard (SOP) yang harus dipatuhi oleh pemain industri kreatif untuk kegiatan penggambaran semasa perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

KKMM berkata, cadangan SOP telah dibawa ke mesyuarat khas menteri-menteri.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : MV/Oh MyMedia

Be the first to comment on "Kerajaan putus penggambaran selepas raya. Sekali Penerbit cakap tak setuju"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*