[VIDEO] Ya Allah, beri kekuatan padanya..” – Si Cilik Pohon Doa Buat Tan Sri Muhyiddin Yassin

Semalam merupakan tarikh bermakna dan ulang tahun ke 73 buat Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ucapan ‘Selamat Hari Jadi kali ke-73 Abah’ masih lagi meniti ruangan media sosial rakyat Malaysia dan mendoakan beliau sentiasa dirahm4ti serta diberikan kesihatan dalam mengharungi cab4ran mel4nda negara ketika ini.

Si cilik, Qaisarah Jannah Abdul Nazar berusia empat tahun turut tidak ketinggalan untuk mendedikasikan ucapan hari lahir kepada Perdana Menteri Malaysia ini menerusi sebuah video yang berdurasi 1 minit 13 saat.

“Ya Allah, tolong beri kekuatan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin mengharungi cabaran C0v1d-19 untuk negara ini.” Petahnya berbahasa Inggeris.

Video ini telah dimuat naik oleh ibunya Siti Hasnah Abd Karim, kerana anak kecilnya itu bersemangat dan mahu merakam video ucapan hari jadi untuk ditujukan khas kepada Perdana Menteri.

Menurut ibunya, anak tunggalnya itu memang suka mengucapkan selamat hari jadi kepada semua kenalnya. Malah, dia memang  memang petah berkata-kata sejak umur tiga tahun selain mempunyai daya ingatan yang tinggi.

“Dia memang mudah faham apa yang dilihat melalui video atau televisyen. Disebabkan dia selalu tengok berita di televisyen, dia kenal siapa Tan Sri Muhyiddin Yassin.” Jelas ibunya.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber: Harian Metro/Trending Giler

Be the first to comment on "[VIDEO] Ya Allah, beri kekuatan padanya..” – Si Cilik Pohon Doa Buat Tan Sri Muhyiddin Yassin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*