Baru je Mukhriz tumbang, 100 pemimpin PKR Kedah buat kejutan

ALOR SETAR: Seramai 100 pemimpin bahagian dan cawangan PKR Kedah meninggalkan parti itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan pusatnya.

Mereka kini menyokong Perikatan Nasional dan mend4kwa diri sebahagian daripada NGO berkaitan PN, Penggerak Komuniti Negara (PKN).

Perkara itu diumumkan Adun Lunas, Azman Nasrudin, yang meninggalkan PKR bersama Adun Sidam, Robert Ling pada 12 Mei lalu. Mereka kini wakil rakyat bebas di Kedah.

Azman dalam sidang media di Pendang hari ini berkata, sekurang-kurangnya “8,000 hingga 10,000” ahli PKR dijangka meninggalkan parti itu pada minggu depan dan menyertai PKN.

Beliau dan pemimpin lain menanggalkan baju seragam PKR dan melipat bendera parti sebagai simbolik keluar parti.

Tindakan Azman dan Ling keluar parti bersama 4 lagi Adun PPBM menyokong PN menyebabkan majoriti sokongan yang diraih Menteri Besar, Mukhriz Mahathir berkurangan dan kerajaan negeri baru pimpinan PAS dijangka ditubuhkan esok.

Kini, PN mempunyai majoriti mudah 23 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah.

Sementara itu, raptai upacara angkat sumpah menteri besar baru dilaporkan berlangsung di Wisma Darul Aman hari ini dengan sumber berkata upacara itu akan diadakan esok.

MB Kedah Baru Angakat Sumpah Ahad Ini

Rakyat Kedah sah akan mendapat menteri besar dan kerajaan baru, dengan majlis angkat sumpah akan diadakan pada pvkul dua petang hari ini, di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Susulan itu kemelut politik Negeri Jelapang Padi yang berlarutan beberapa hari itu dijangka selesai pada esok.

Ia menandakan tamatnya pentadbiran Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah buat kali kedua, yang dipegangnya selama dua tahun setelah PH menang di negeri itu pada PRU ke-14.

Kedudukan Mukhriz sebagai menteri besar tidak dapat dipertahankan setelah Bersatu keluar daripada PH, yang menyaksikan tumbangnya pentadbiran gabungan itu di peringkat persekutuan.

Beliau hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah dua adun PKR, Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasrudin, keluar parti dan mengisytiharkan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN). Ia d1susuli dengan empat Adun Bersatu.

Menerusi surat yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Neger, Majlis Pelantikan Menteri Besar Kedah yang baharu akan diadakan di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah di Wisma Darul Aman pada jam 2 petang esok.

ADUN Jeneri, Muhammad Sanusi Md Noor?

Sumber memaklumkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Noor akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah-14 selepas Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.

Selepas selesai majlis angkat sumpah, akan menyusul pula proses angkat sumpah ADUN yang telah dipilih sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco).

Lima ADUN Pas dijangka dilantik sebagai Exco, tiga pula akan dilantik dari Bersatu, satu dari UMNO manakala satu lagi dari ADUN Bebas.

Komposisi DUN Kedah yang terbaharu menyaksikan Pas kekal dengan 15 kerusi, manakala PKR (lima), Amanah (empat), Bersatu-PN (empat), Bersatu-PH (dua) dan DAP sebanyak dua kerusi.

Sementara itu di Alor Setar, persiapan untuk majlis tersebut bermula hari ini dengan raptai angkat sumpah bakal menteri besar, Adun Jeneri daripada PAS Muhammad Sanusi Md Nor.

Ia bermula kira-kira pada pvkul 10.55 pagi dengan ketibaan Sultan Sallehuddin, yang turut terlibat dalam raptai untuk esok.

Dalam satu notis kepada media daripada sumber polis, pada pvkul tiga petang esok, setelah ketibaan Sultan Sallehuddin, setiausaha kerajaan negeri akan melafazkan surat pengisytiharan pelantikan menteri besar yang baru.

Semalam, kesemua 36 Adun Kedah menghadap Sultan Sallehuddin sebelum baginda memutuskan pelantikan menteri besar.

Difahamkan Mukhriz dan PAS juga akan mengadakan sidang media di Alor Setar esok.

Pada Februari 2016, ketika memimpin kerajaan BN di negeri itu, Mukhriz meletakkan jawatan sebagai menteri besar selepas hilang majoriti sokongan di DUN. Tempatnya digantikan oleh Ahmad Bashah Md Hanipah.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : M.B

Be the first to comment on "Baru je Mukhriz tumbang, 100 pemimpin PKR Kedah buat kejutan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*