Masa sahur, isteri cuma sediakan nasi goreng semalam, trus aku sepak meja

HIDUP bahagia di samping keluarga menjadi impian bagi seorang suami. Tiada guna menjadi suami yang berjaya dalam hidup tetapi rumah tangga p0rak p3randa.

Bahtera yang dibadai gel0ra dan mas4lah konfli1k dalam keluarga, akan dapat harungi dengan adanya ilmu yang diamalkan mengikut landasan al-Quran dan sunnah.

Berikut perkongsian menarik seorang suami yang meny3esal

“Salam min, harini aku berbuka sorang sorang. Aku tapau kat luar je, aku pening rumah aku bersepah, singki berantakan, baju aku dah bertimbun. Rumah aku berulat. Aku down sangat. Ceritanya begini min, aku jenis memang tak makan lauk bermalam, aku nak lauk yang baru dimasak.

Sebelum semua ni terjadi, masa tu dipagi subuh, masa sahur, isteri aku terlewat bangun sebab anak kami yang sebulan lebih meragam tervk. Jadi aku tidur bilik sebelah. pvkul 5 aku terbangun isteri aku tengah tidur sedangkan alarm dah bunyi.

Aku kejutkan isteri aku cepat untuk masak menu yang aku nak iaitu patin masak tempoyak, dia pun cepat cepat bangun untuk siapkan tapi m4langnya ikan masih beku jadi memang tak sempat masak.

Ceritanya pagi tu Lepas aku siap siap belek whatsap ig fb, aku dah bersedia nak sahur tapi kau bayangkan min dia hanya masak nasi goreng dan lauk kari ayam sedangkan kalau lauk bermalam dia je yang makan, kalau aku memang tak lah.

Aku cakap baik masak megi je kalau macam ni. Jadi isteri aku tergesa gesa masak air untuk rebus megi, bila dah nak dimasak. Rupa rupanya megi dah habis pulak. Ko bayangkan lah aku nak makan benda yang tak ada.

Sebab terlalu marah tanpa sedar aku sedar, aku tendang meja makan sampai terbalik dan lauk pauk yang isteri aku masak bersepah atas lantai. Dia tak tahu kalau dia derhaka sebab tidak menyediakan makanan sahur untuk suami, bertapa besar pahala jika dia layan suami dengan baik.

Tapi kenapa dia taknak manfaatkan semua tu di bulan ramadhan yang mulia ini? Lepas tu isteri aku menangis sekuat kuatnya. Dia cakap aku tak hargai dia, aku marah sangat masa tu, aku masuk bilik sebelah dan tidur.

Aku puasa tanpa sahur. Saat aku masih marah, dia hitunglah dosanya pada aku, bila aku bangun tidur, rumah masih bersepah dengan kari ayam, nasi goreng, kuali, semua tak basuh, lantai kotor kesan tumpah makana sedangkan isteri aku seorang yang pembersih, habuk sikit pun tak ada, baju pinggan mangkuk semua bersih bersih belaka.

Kenapa tiba2 jadi macam ni?

Dalam keadaan aku masih marah. Aku cari dia dan anak dalam bilik, tapi mereka dah tak ada, aku cari kemana mana tak ada.

Lepastu aku tejumpa satu nota dia atas meja yang berbunyi begini,

“Abang ayang dah cukup sabar dengan abang, selama ni abang tak hargai ayang, ayang dah cuba terbaik untuk rumah tangga kita, sejak ayang mengandung dan lahirkan anak, abang dah taknak tidur sama sama, abang taknak sentuh ayang, tapi ayang sedar dan faham”.

“Mungkin ayang dah gemuk, dah tak cantik. Jadi ayang tak layak dengan abang. Ayang minta maaf, sebab ayang lupa keluarkan ikan tu awal awal untuk di cairkan kerana masa ayang nak keluarkan tiba tiba anak menangis dan lepastu ayang terus terlupa. Terima kasih sebab sebab selama ni abang sudi bersama sama dengan ayang walaupun dalam masa yang singkat sebab abang dah janji akan bersama ayang seumur hidup”.

“Tapi ayang sedar kalau ayang tak layak untuk abang. Tentang perempuan yang abang kenal tu, ayang dah tahu dah lama, walaupun abang sembuyikan tapi naluri seorang isteri tak pernah salah, ayang dah siasat. Dari pregnent lagi ayang dah tahu abang ada bersama dengan janda anak satu tu”.

“Tak apalah bang. Abang jandakan lah ayang demi janda. Tak guna dah ayang cuba yang terbaik sebab ayang tetap salah tetap jijik dimata abang. Semoga perempuan tu dapat bahagiakan abang, jaga makan minum abang, potong kuku abang, urut badan abang, hidang semua makanan kesukaan abang. Dan ayang akan besarkan anak kita”.

“Lepas habis pantang, ayang akan ke makamah tuntut cerrai. Ayang nak abang bahagia. Ayang dah tak nak menyusahkan abang. selamat tinggal abang. Ayang pergi dulu.”

Lepas baca nota isteri aku lagi aku down sangat min. Pasal janda tu, ya memang betul aku ada berkenalan dengan janda masa bini aku awal awal pregnen tapi aku kenal buat sekadar main main je min.

Aku bukan serious nak janda tu. Aku nak isteri aku sampai akhir hayat kami. Aku bukan taknak sentuh dia, tapi sejak di pregnent badan dia mengelebar dan mengerutu. Aku suruh dia jaga badan tapi masih tetap macam tu. Aku memang nak bersama dia sampai akhir hayat aku.

Sejak dia tak ada rumah aku berantakan. Aku dah tak tahu nak buat apa. Call mak mertua tapi mereka kata isteri aku tak ada. Aku risau sangat sebab isteri aku masih berpantang. Aku call tak dapat. Whatsap chat semua tak dapat.

Apa perlu aku buat min, perlu ke buat report isteri aku hilang. Aku buntu nak cari dia kat mana lagi. Kawan kawan dia semua tak tahu. Aku risaukan anak kecil aku. Tolong aku min. Isteri aku ada dalam krt ni. Aku harap sangat dia baca dan balik lah kepangkuan aku. Aku down sangat.

Reaksi warganet

Noor Shuhada Fazda –

Nasihat saya kepada isteri lelaki nie. Kesian, anda kawin dengan lelaki yang tak pandai hargai anda. Anak baru sebulan pun anda dah d1suruh buat macam macam.

Sepatutnya dia jaga makan minun orang sedang berpantang bukan dijadikan kuli. Teruskan menjauhi orang macam nie. Tetapkan pendirian. Anda layak hidup bahagia.

Noraziah Rahmad –

Elok lah isteri awak ada dalam ni. Nak kabo tak yah lah balik ke pangkuan suami. Hari ni dia buat dia minta maaf, dia senang hati, hati kita lvka sikit.

Esok dia buat lagi, dia senang hati, hati kita luka lagi sikit. Lusa dia buat lagi minta maaf, kita maaf kan dia suka hati, hati kita lagi luka.

Lama lama kita sakit, jatuh, kecewa, sedih. Dia? pergilah cari kebahagian awak.

Noor Aishah Abdullah –

Dalam pantang isteri buat semua kerja, rezeki Allah dah tetap kari ayam tapi kau boleh tendang rezeki tu, betul betul tak bersyukur. Nak orang layan macam raja, konon kau syurga dia, pastikah hang masuk syurga? Rezeki Allah bagi pun hang tak reti hargai. Jenis melayu tipikal. Lelaki mesti dilayan macam raja tapi bini jadi hamba.

Dalam menjaga rumah tangga yang bahagia dan penuh barakah, suami perlu menjaga setiap ahli keluarganya dari anasir yang boleh mengundang kemvurkaan Allah SWT.

Allah SWT mengingatkan kepada hamba-Nya melalui firman bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari n3eraka yang bahan bak4arannya: manusia dan batu (berhala); ne3raka itu dijaga dan dikawal malaikat yang keras k4asar (layanannya); mereka tidak mend3erhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahrim: 6)

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : M.B

Be the first to comment on "Masa sahur, isteri cuma sediakan nasi goreng semalam, trus aku sepak meja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*