ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.
Peletakan jawatan itu sekali gus membawa kepada pembubaran pentadbiran kerajaan negeri yang disertai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) Kedah dari kerajaan Pakatan Harapan campur Bersatu.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah.
Ia susulan tindakan 23 ADUN yang membentuk gabungan Perikatan Nasional (PN) Kedah, terdiri daripada 15 ADUN Pas, 4 ADUN Bersatu-PN, 2 ADUN Barisan Nasional serta 2 ADUN Bebas.
“Saya telah sembah maklum kepada Sultan Kedah bahawa saya telah kehilangan kepercayaan majoriti ADUN,” kata Mukhriz pada satu sidang media di Wisma Darul Aman di sini pagi ini.
Mukhriz mengadakan sidang media di Wisma Darul Aman hari ini. – Astro AWANI
Menurutnya, beliau akan bersama-sama 12 ADUN Pakatan Harapan yang lain, termasuk satu dari Bersatu, berada di blok pembangkang sehingga DUN Kedah dibubarkan kelak.
Bagaimanapun, katanya, kedudukan Ketua Pembangkang di DUN Kedah masih belum diputuskan.
“Dengan peletakan jawatan saya sebagai MB, semua jawatan exco negeri juga tergugur,” tambahnya.
Selain meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz turut melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang telah disandangnya sejak 2018.
Pada Jumaat, kesemua 36 ADUN di Kedah telah menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berhubung kedudukan terkini kerajaan negeri Kedah.
Ia selepas tindakan 2 ADUN PKR yang mengumumkan meletak jawatan dan bergelar ADUN Bebas, sekali gus kerajaan Pakatan Harapan campur Bersatu Kedah hilang sokongan majoriti yang dimiliki.
SEMENTARA itu menurut laporan portal FMT, Adun Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor dari PAS akan mengangkat sumpah menteri besar Kedah ke-14 pada 2 petang hari ini.
Perkembangan itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Ammar Shaikh Mahmood Naim pada sidang media tadi.
Terdahulu, pada jam 10 pagi ini, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengadakan sidang media bagi mengumumkan peletakan jawatan beliau sebelum diikuti pengumuman pelantikan Menteri Besar baharu.
Ketika ini, kumpulan wartawan mula berkumpul di hadapan Wisma Darul Aman di sini, bagi liputan sidang media dan majlis angkat sumpah Menteri Besar baharu. (BH)
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !
Sumber: Awani, Berita Harian/M.B
Be the first to comment on "(Video) Terkini: Sah! Mukhriz letak jawatan MB, Sanusi angkat svmpah MB baru petang ini"