Bekas isteri Da’i Farhan, Noorainul Naqim Mohd. Radzi mengakui bahawa dia dan bekas suami tidak pernah lagi berhubung selepas dicer4ikan biarpun dirinya kini sedang mengandung anak hasil perkahwinan mereka.
Bahkan, ahli perniagaan yang dikenali dengan panggilan Dr. Erin itu memberitahu, dia juga sudah menyekat nombor telefon bekas suaminya itu.
“Saya dah block ustaz. Saya tak nak ada apa-apa lagi sama ada saya dihubungi atau saya menghubunginya.
“Jadi, bila saya sekat nombor telefon, fikiran saya jadi lebih tenang. Kalau saya tak bl0ck, fikiran saya nanti jadi tak tenang fikir macam-macam. Sekarang ni saya lebih gembira dengan kehidupan.
“Biarlah saya sekat ustaz terus. Lagipun saya sudah tidak mahu dikaitkan dengan dirinya lagi,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Menurut Dr. Erin lagi, bekas suaminya itu ada menyatakan hasrat untuk bertemu selepas anak dalam kandungannya itu lahir.
“Dia ada cakap nanti lepas lahir nak jumpa baby. Bila dia cakap begitu, memang tak lah saya nak bagi dia jumpa dengan baby ini,” katanya.
Begitupun, menurut Dr. Erin, barang-barang peribadi Da’i Farhan masih ada di rumahnya lagi.
“Dia berada di Kelantan lepas keluar dari rumah. Sekarang pula PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Mungkin lepas habis PKP baru dia ambil barang-barangnya semua,” katanya.
Ujarnya lagi, biarpun hubungan tersebut bertahan hanya beberapa bulan sahaja, namun, dia mengakui hidupnya kini lebih tenang.
“Cumanya tolonglah henti kaitkan saya dengan ustaz lagi. Saya ini bukan selebriti. Kalau dulu mungkin saya isteri ustaz, sekarang ni saya bukan isteri sesiapa lagi,” pintanya.
Terdahulu, Dr. Erin mengejutkan ramai pihak apabila mengesahkan dirinya sudah diceraikan pada April lalu selepas enam bulan berkahwin.
Sebelum kisah percer4ian itu, Dr. Erin turut memaklumkan dirinya hamil dan dijangka bersalin awal tahun depan.
Enggan Timbul Salah Faham, Dr. Erin Bongkar Perbualan! Pergi Sendiri Jumpa Bekas Isteri Serah Da’i Farhan
Lepas satu per satu episod rumah tangga Da’i Farhan dan juga Dr. Erin perlu lalui. Selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga, akhirnya mereka berdua terpaksa akur dan mengambil keputusan untuk berpisah secara baik.
Perkara tersebut did3dahkan sendiri oleh Dr. Erin menerusi laman Instagramnya pada beberapa minggu lalu. Biar pun mereka dilihat sangat bahagia, hakikatnya ada sesuatu yang membelengu keduanya.
KONGSI PERBUALAN BERSAMA DA’I FARHAN
Sejurus kejadian, pelbagai tomahan yang diterima oleh Dr. Erin daripada orang ramai. Enggan timbul salah faham lagi, Dr. Erin terbaru ada berkongsikan beberapa screenshot perbualannya bersama bekas suami.
Dia selama ini ikhlas meminta untuk dilepaskan demi kebahagiaan Da’i Farhan dan juga bekas isteri terdahulu, Fatin. Tambahnya lagi, dia hanya akan berasa gembira jika insan yang dia sayang terlihat gembira.
Tujuan dia berkongsikan perbualan tersebut juga bagi membetulkan persepsi netizen selama ini yang tidak putus-putus melemparkan kata-kata kurang baik terhadap rumah tangga yang dibina.


DA’I FARHAN MURUNG SOAL ANAK, DR. ERIN GAGAHKAN DIRI KE TERENGGANU
Selepas menyedari Da’i Farhan mengalami masalah dengan soal anak dan 1su crai sebelum ini, Dr. Erin gagahkan diri ke Terengganu untuk berjumpa sendiri dengan Fatin bagi memulangkan kembali kebahagiaan mereka.
Dalam pada masa yang sama, Dr. Erin tidak sanggup melihat keadaan Da’i Farhan yang kusut memikirkan anak-anak yang jauh dari pandangan mata. Jadi, satukan semula mereka adalah keputusan terbaik yang perlu dibuat.
“Saya juga tak sanggup tengok anak-anak ustaz jauh dari ayah mereka sebab saya sayang anak-anak tu macam darah daging saya sendiri.” Ujar Dr. Erin.


MASIH BERHUBUNG SECARA BAIK DENGAN BEKAS SUAMI
Mereka berdua dikatakan masih berhubung secara baik menerusi pesanan ringkas dan juga panggilan video untuk mengetahui perkembangan anak-anak.
Di akhir perkongsian, Dr. Erin memohon agar orang ramai tidak lagi meletakkan kesalahan ke atas mana-mana pihak mahu pun dia atau bekas suami, Da’i Farhan. Apa yang berlaku adalah ujian hidup yang perlu dilalui mereka berdua.

Kesimpulannya, kesilapan dalam kehidupan mendewasakan hari-hari kita. Semoga Dr. Erin, Da’i Farhan dan Fatin dapat berdamai dan bahagia dengan kehidupan mendatang.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "Dr. Erin Tak Benarkan Dai Farhan Jumpa Baby Mereka Selepas Lahir, Rupanya Dah Bl0ckk."