Dr Amalina ‘mengidam’ keropok lekor ketika ‘lockdown’ dan akhirnya dapat di Ireland, tapi harga dia memang boleh tahan

HIDUP di perantauan pasti membuatkan kita rindu dengan makanan tradisional Malaysia, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

Begitu juga pakar b3dah kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang kini berkhidmat di United Kingdom, Dr Nur Amalina Che Bakri yang ‘mengidam’ nak makan keropok lekor.

“Siapa ada jual/deliver keropok lekor kat London waktu lockdown ni? Nak beli,” tulisnya di Twitter.

Tweet tersebut mendapat 6,300 tanda suka dalam kalangan netizen. Rata-rata netizen cuba membantu Dr Amalina untuk mendapatkan makanan tradisional terkenal di pantai timur itu.

“Ala kesiannya Doc nak makan sangat ni. Harap anyone ada yang baik hati bantu Doc,” tulis Sha.

“Allahu… semoga dapat jumpa keropok lekor. Craving makanan Malaysia. I know how you feel,” kata Anida.

Ramai cuba membantu Dr Amlina dengan menyenaraikan beberapa lokasi di sekitar London yang menjual snek tersebut. Namun Dr Amalina berkata kedai di negara itu masih ditutup kerana perintah berkurung C0v1d-19 masih dilaksanakan.

“Tutup, sini masih lockdown,” kata Dr Amalina.

Malah ada yang berkongsi resipi dan cara-cara membuat keropok lekor sekiranya dia tidak menjumpai snek tersebut.

Lockdown di UK tapi teringin keropok lekor, luahan Dr Amalina curi ...

Bagaimanapun, Dr Amalina berjaya mendapatkan keropok lekor tersebut daripada seorang peniaga yang menetap di Ireland dengan bantuan netizen.

“Ok I’ve just ordered from Ireland, thank you for letting me know!,” katanya.

Ketika ditanya netizen sama ada dia mendapat keropok lekor tersebut secara percuma, Dr Amalina menafikan perkara itu.

“Taklah free of charge (FOC), about 11 pound sterling per pack, (RM57.94), 6 pieces per pack,” tulisnya membalas pertanyaan itu.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber: Mstar/HMT Press

Be the first to comment on "Dr Amalina ‘mengidam’ keropok lekor ketika ‘lockdown’ dan akhirnya dapat di Ireland, tapi harga dia memang boleh tahan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*