Rakan sekutu Bersatu ‘b1adab’ terhadap Tun M, Lagi rakaman audio boc0r

Krisis perp3cahan dalam Bersatu kian meruncing apabila pengerusinya Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Muhyiddin Yassin masing-masing mempertahankan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Bagi kem Mahathir, langkah Muhyiddin mengeluarkan Bersatu daripada PH merupakan satu pengkhi4natan manakala bagi kem Muhyiddin pula, ia disebabkan rakan sekutu Bersatu yang tidak sabar sehingga mengasak parti itu ke satu sudut.

Laman Facebook Bersatu semalam membocorkan rakaman audio lebih dua jam mesyuarat terakhir Majlis Presiden PH ketika masih menjadi kerajaan pada 21 Feb lalu, dengan mend4kwa rakan sekutu Bersatu bersikap ‘b1adab’ terhadap Mahathir.

Perbincangan selama dua jam itu kadang kala menjadi panas apabila pemimpin komponen PH menimbulkan soal sama ada Mahathir harus menetapkan tarikh peralihan kuasa atau sebaliknya.

Meskipun rakaman yang bocor hampir tiga bulan itu mungkin merupakan perang saraf, ia memberi gambaran menarik mengenai apa yang berlegar dalam fikiran pemimpin PH, beberapa hari sebelum gabungan itu ‘tersungkur’.

Dalam mesyuarat itu, Amanah dan DAP mendesak Majlis Presiden PH membuat keputusan mengenai tarikh yang tepat bagi peralihan kuasa, manakala pemimpin Bersatu menegaskan Mahathir tidak boleh ditekan, selain menyatakan terdapat pemimpin tertentu dalam PH menyerang Mahathir di khalayak umum.

Lebih menarik timbalan presiden PKR pada masa itu, Azmin Ali dan naib presidennya, Zuraida Kamaruddin, menegaskan bahawa Mahathir perlu menghabiskan sepenggal penuh – satu pendirian yang tidak diusulkan oleh pemimpin Bersatu dalam mesyuarat itu memandangkan mereka hanya mahu Mahathir menetapkan tarikh itu sendiri.

“Tun, you kata selepas APEC (Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik) dan tak ada tarikh, dan mungkin juga sepenggal penuh,” kata Zuraida.

Untuk rekod, Azmin dan Zuraida kemudiannya memainkan peranan penting dalam kejatuhan kerajaan PH apabila mereka berpaling tadah untuk menyertai PN.

Berdasarkan rakaman tersebut, adalah jelas bahawa pemimpin PH tidak sedar mengenai wujudnya konspirasi berkenaan.

Konspirasi

Apabila Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Abdul Rahman bersuara lantang menentang pemimpin PH yang menekan Mahathir untuk menetapkan garis masa peralihan kuasa, Presiden PKR Anwar Ibrahim mend3dahkan bahawa terdapat konspirasi yang telah diatur.

“Syed Saddiq, kamu mungkin tidak tahu, cubaan merosakkan keseluruhan rancangan (peralihan kuasa). Yang nyata, konfigurasi baru, saya bincang dengan Muhyiddin.

“Konfigurasi baru yang melayani PAS, Umno itu yang sebabkan orang marah.

“Tapi bila saya tanya, Tun kata diorang datang, dia tak beri kelulusan. Tapi banyak orang termasuk dalam dewan ini malam ini kata Tun setuju.”

Anwar berkata beliau mahu Majlis Presiden bertindak tegas terhadap kewujudan gerakan berkenaan.

“You tak boleh cakap sokong Tun dan Pakatan Harapan dan khianat di luar. Kemudian kamu mengharapkan kami meletakkan kesetiaan sepenuhnya. Ini yang kena stop,” jelasnya.

Anwar juga mengakui pihaknya mengumpulkan akuan bersumpah (SD) sebagai respons kepada satu lagi langkah berasingan yang dinamakannya “konfigurasi baru”.

Bagaimanapun, Anwar berkata SD oleh pihaknya bukan seperti penyokong “konfigurasi baru”, dan peralihan kuasa seharusnya diserahkan kepada Majlis Presiden PH untuk membuat keputusan.

Pada penghujung mesyuarat yang menemui jalan buntu itu, Anwar berjanji mengekang ahli PKR yang masih berdegil dan akan menyatakan sokongannya kepada Mahathir di media.

“Saya akan cuba yang terbaik tapi setakat ini saya support Tun kalau ditanya media. Saya akan katakan kepada mereka bahawa ia telah diselesaikan dan menyatakan keyakinan penuh terhadap kepimpinan Tun,” katanya walaupun tiada keputusan dicapai mengenai tarikh peralihan kuasa.

Bagaimanapun, Azmin kemudian mencelah dengan mengatakan: “Tun, saya nak minta penjelasan adakah dengan menyokong Tun untuk serve full term (berkhidmat sepenggal penuh) itu merupakan pengkhi4natan kepada Pakatan Harapan?”

Ini mencetuskan pertikaian apabila Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad akhirnya bersuara.

“Saya rasa paling penting tentang pengkhianatan adalah bawa masuk orang lainlah. Bawa masuk PAS, Umno, nak form gabungan baru, itu pengkhinatan yang kita sedang ceritakan.

“Kita tidak bincang tentang PAS dan Umno punya penglibatan,” jawab Azmin.

Bahang ketegangan juga dapat dikesan ketika mesyuarat itu apabila setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berulang kali meny1ndir dengan menyatakan beliau tidak pernah sesekali “ponteng” daripada mesyuarat parti dan PH – satu d4kwaan yang sebelum ini dibuat terhadap Azmin dan kumpulannya.

Kata dua

Khalid akhirnya berkata perkara itu harus diserahkan antara Anwar dan Mahathir untuk membuat keputusan.

Mahathir, yang sepanjang mesyuarat itu tidak memberi sebarang pandangan mengenai kedudukannya sebagai perdana menteri dan pada satu ketika mengatakan beliau tidak sepatutnya menghadiri mesyuarat yang banyak tertumpu kepadanya, kemudian bertanya apakah yang mahu diberitahu kepada pihak media di tengah-tengah kebuntuan berkenaan.

“Kita nak bagitahu press yang kita pecah dua atau kita ada konsensus?” soalnya.

Mahathir juga mengulangi bahawa beliau akan meletakan jawatan selepas Apec.

Bagaimanapun Azmin sekali lagi mencelah dan berkata: “Tetapi tiada konsensus walaupun selepas Apec”, menyebabkan suasana bising apabila ada yang membantah.

“Saya tahu kamu ada sesuatu yang peribadi terhadap saya. Berapa banyak pandangan berbeza, mengapa kamu pilih saya?” bidas beliau.

Pertikaian itu berterusan selama beberapa minit sebelum Syed Saddiq sekali lagi membantah gesaan agar Mahathir menetapkan garis masa bagi peralihan kuasa.

Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya, yang banyak mendiamkan diri akhirnya bersuara dan menggesa Majlis Presiden PH menyerahkan kepada Mahathir untuk membuat keputusan mengenai tarikh peralihan kuasa.

Beliau juga melahirkan kebimbangan bahawa PH kehilangan sokongan dan rancangan peralihan kuasa telah menjadi perhatian rakyat.

Beliau mengakhiri kata-katanya dengan mengatakan sekiranya Majlis Presiden tidak boleh patuh, maka Bersatu boleh membuat keputusan sendiri, menyebabkan keadaan menjadi senyap seketika.

Presiden Amanah Mohamad Sabu kemudian bersuara dengan mengatakan:

“Bersatu buat keputusan, Amanah buat keputusan, DAP buat keputusan. Pecahlah kita jadi pembangkang balik”.

Khalid kemudian menggesa agar tiada kata dua diberikan dalam mesyuarat berkenaan.

“Janganlah bagi ultimatum. Bila you nak cari konsensus, bila kamu bagi ultimatum, kamu tak cari konsensus.”

Mat Sabu kemudian berkata “Bersatu nak buat keputusan sendiri itu ultimatum, kami pun dah jadi pembangkang lama”.

Konsesus

Perdebatan ini berlangsung selama beberapa minit sebelum Anwar mencelah.

“Sekarang Bersatu bagi ultimatum, kita kena capai konsensus. Saya tak nak usulkan apa. Saya serah pada Tun, saya percaya kamu sebab ultimatum ada risiko pecah. Saya harap jangan buat begitu.

“Saya akur, serah pada Tun,” katanya.

Mahathir kemudian secara bergurau memberitahu beliau mahu menyandang jawatan perdana menteri selama lima penggal.

Pada nada yang lebih serius, Mahathir berkata:

“Jangan tetapkan saya tempoh. Saya akan buat keputusan.Kalau kamu percaya saya, akan buat keputusan tapi jangan beritahu bila.

“Mungkin satu hari sebelum parlimen dibubarkan – mungkin, saya tidak mengatakan begitu, jangan petik saya Tapi jangan tetapkan satu tempoh, saya akan buat keputusan.

“Jadi, jika kamu tidak boleh bersetuju (menetapkan tarikh), maka kamu terima pandangan saya. Adakah itu okay?” katanya.

Para pemimpin dalam mesyuarat itu kemudian didengar menyatakan persetujuan sebelum beralih untuk membincangkan 1su-1su pentadbiran.

Pada sidang akhbar lewat malam itu, Mahathir diapit Anwar dan isterinya Wan Azizah Wan Ismail di mana beliau mengumumkan bahawa PH memutuskan untuk membenarkan beliau membuat keputusan sendiri mengenai tarikh peralihan kuasa.

Bagaimanapun, dua hari kemudian, Azmin dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin memulakan “Langkah Sheraton”.

Azmin, yang juga Anggota Parlimen Gombak, berpaling tadah bersama 10 anggota Parlimen PKR yang lain, manakala Muhyiddin mengumumkan Bersatu keluar daripada PH.

Bersama-sama dengan Umno, PAS, GPS, PBS dan STAR, mereka membentuk kerajaan PN yang baru.

Mereka pada mulanya menggesa Mahathir mengetuai gabungan baru itu tetapi apabila ia ditolak, sokongan beralih kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri yang baru.

Terkini: Bersatu, BN, PAS, GPS dan 2 parti Sabah sokong penubuhan PN

Bersatu, BN, PAS, GPS dan dua parti berasaskan Sabah menyatakan sokongan terhadap penubuhan Perikatan Nasional (PN) melalui kerjasama gabungan parti-parti politik.

Dalam satu kenyataan bersama, enam pemimpin gabungan dan parti berkenaan menggariskan kandungan memorandum persefahaman yang telah dirangka.

Kenyataan tersebut ditandatangani Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Pengerusi GPS, Abang Johari Openg, Presiden PBS, Maximus Johnity Ongkili dan Presiden STAR, Jeffrey Kitingan.

Awal bulan ini, sumber Malaysiakini memaklumkan terdapat pemimpin Umno menolak cadangan agar parti itu menyertai PN kerana bimbang akan menjadi sebuah ‘parti kecil’ dalam gabungan itu.

GPS yang sebelum dilaporkan menegaskan tidak akan menyertai PN, kini akan menjadi sebahagian daripada gabungan berkenaan.

Dua parti berasaskan Sabah yang menyokong penubuhan gabungan tersebut ialah Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Berikut merupakan kandungan memorandum persefahaman yang telah dirangka:

Memperkasa dan memartabatkan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, prinsip-prinsip Rukunegara dan menjamin kebajikan dan kepentingan seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa;

Memastikan suatu bentuk pentadbiran dan pengurusan kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri yang baik, inklusif serta bertaraf dunia yang menjurus ke arah menjaga dan memastikan kebajikan, kepentingan, kemakmuran dan keharmonian rakyat dipelihara dan dipertingkatkan serta menjamin kemajuan serta pemulihan ekonomi dan pembangunan negara;

Memperkukuhkan semangat perkongsian dan kekitaan Malaysia di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung demi untuk merealisasikan aspirasi dan matlamat MA63;

Memperkukuh dan memperkasa agenda perpaduan kaum, keharmonian agama dan budaya di dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan sebagai paksi kepada kestabilan politik dan kesejahteraan negara; dan

Memperkukuh Perikatan Nasional melalui amalan musyawarah dan konsultansi berlandaskan kepada sikap dan sifat saling hormat-menghorm4ti atas kepelbagaian agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara

Pada 24 Februari lalu, Mahathir mengumumkan secara mengejut meletakkan jawatan perdana menteri manakala Muhyiddin mengumumkan parti itu keluar daripada PH.

Krisis politik selama seminggu itu selesai apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memilih Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan.

Bersatu kini dilihat berpecah dua kepada kem Muhyiddin dan kem Mahathir.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : M.B

Be the first to comment on "Rakan sekutu Bersatu ‘b1adab’ terhadap Tun M, Lagi rakaman audio boc0r"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*